Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Friday, September 6, 2013

Tolonglah pulangkan RM8juta-Agen Umrah

***Pihak syarikat sepatutnya menjelaskan keadaan sebenar ...
‘Tolonglah pulangkan RM8j'

Tolonglah pulangkan RM8j'

Oleh Norul Awatif Romli
Kuala Lumpur: Sebuah agensi pengurusan haji dan umrah bukan saja gagal membawa kira-kira 2,000 pelanggannya menunaikan umrah, malah didakwa turut gagal memulangkan semula wang bakal jemaah terbabit yang berjumlah hampir RM8 juta.
Berikutan kegagalan agensi berkenaan, seorang ejennya yang juga pembimbing umrah (mutawif) mendakwa hidupnya kini serba tak kena selepas bakal jemaah meletakkan kesalahan ke atas bahunya.

Mustapha Abdullah, 64, berkata agensi berkenaan sepatutnya menguruskan 2,000 bakal jemaah terbabit menunaikan umrah pada Mei, Jun dan Julai lalu, namun gagal berbuat demikian sehingga kini.

“Agensi itu memberi alasan berdepan masalah untuk mendapatkan visa. Persoalannya, mengapa sehingga kini mereka tidak memulangkan semula wang yang setiap orang sudah membuat bayaran RM4,190 pada Mei lalu.
FotoMUSTAPHA menunjukkan laporan polis dan gambar didakwa pemilik agensi terbabit.

“Disebabkan kegagalan agensi itu, saya yang menjadi mangsa. Saya dituduh menipu kerana sebelum ini saya yang mencari bakal jemaah dan mengutip bayaran daripada mereka,” katanya ketika menemui Harian Metro, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment