Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Monday, September 2, 2013

Kapal tangki terbakar



Api ‘mamah’ kapal tangki

Oleh Salman Hamat
Johor Bahru: Seorang kru sebuah kapal tangki patah kaki ketika menyelamatkan diri apabila kapal berkenaan yang membawa muatan minyak dan gas tiba-tiba terbakar dalam kejadian di perairan Pulau Lima di sini, jam 11.40 pagi semalam.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata, kebakaran turut menyebabkan seorang lagi kru cedera ringan di muka. 
“Kejadian membabitkan dua kapal iaitu MT Sakses Satria 1 dan MT Kit 57 didaftarkan di Singapura, yang berlabuh bersebelahan. 

“Kami bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan dan menyelamatkan seorang daripada kru terbabit manakala empat lagi kru dibantu bot Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang berada berhampiran,” katanya.
Foto
KEADAAN kapal yang terbakar.

Menurut beliau, jumlah kru yang dibawa dua kapal terbabit ialah 18 orang.

No comments:

Post a Comment