Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Wednesday, September 18, 2013

Kompaun AES RM 150


PUTRAJAYA: Kadar baru kompaun minimum saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan RM150 berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkaitan AES yang dipengerusikan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kadar saman minimum itu bergantung kepada tempoh pembayaran saman dan kesalahan had laju yang dilakukan pengguna jalan raya yang pada lazimnya maksimum RM300.

Menurutnya, pengumuman itu dibuat kerajaan memandangkan ia adalah jalan terbaik untuk memastikan kesinambungan perjalanan sistem AES yang dilihat terbukti mengurangkan kadar kemalangan terutama di kawasan kerap kemalangan.

Serentak itu, mesyuarat turut mengumumkan syarikat milik penuh di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) iaitu AES Solutions Sdn Bhd dilantik untuk mengambil alih operasi AES daripada Ates Sdn Bhd (Ates) dan Beta Tegap Sdn Bhd (Beta Tegap).

"Pengambilalihan itu juga memberi ruang kepada kerajaan untuk merancang secara tersusun membabitkan perluasan dan pelaksanaan sistem ini selepas mengambil kira rintihan dan keluhan orang ramai.

"Selain itu, Kementerian Kewangan juga akan melantik firma audit bebas bagi memastikan pampasan yang perlu dibayar kepada Ates dan Beta Tegap, adil serta munasabah bagi mengelak sebarang tuduhan yang mungkin timbul," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU.

Hishammuddin berkata, penguatkuasaan dan operasi sistem AES pula akan dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dibantu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakala saman akan dikeluarkan PDRM.

Sementara itu, katanya, JPJ menerusi Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan bertanggungjawab memastikan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik.

"Keputusan ini dibuat bagi menangani isu pertindihan pengeluaran saman selain memudahkan rakyat berurusan dengan hanya satu agensi.

"PDRM juga bersetuju bahawa mulai hari ini (semalam), semua operasi kamera penguatkuasaan undang-undang jalan raya akan dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dimana papan tanda amaran perlu diletakkan di kawasan operasi had laju," katanya.

Katanya, mesyuarat sama juga bersetuju untuk mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri bagi menimbang kaedah paling sesuai untuk menyelesaikan status saman-saman AES tertunggak secara menang-menang.

No comments:

Post a Comment