Budak 7 tahun teguk bir beri alasan ingin mencuba air orang 'dewasa'
Meskipun
baru berusia tujuh tahun, seorang kanak-kanak lelaki sudah pandai
meneguk bir yang disimpan di dalam peti sejuk di rumah jirannya dalam
kejadian di Damansara Damai, di sini.
Difahamkan,
kanak-kanak lelaki yang belajar di tahun satu itu dipercayai mengambil
minuman berkenaan buat pertama kali kelmarin sebelum jirannya mengadu
kepada ibu kanak-kanak lelaki itu.
gambar hiasan shj |
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit mengunjungi rumah jirannya itu untuk bermain seperti biasa manakala ibunya berada di rumah bersama seorang lagi anaknya.
“Ketika
itu, ibu kanak-kanak itu didatangi jirannya yang mengadu anaknya
membuka peti sejuk tanpa kebenaran dan lebih mengejutkan, dia meneguk
bir yang disimpan di dalam peti sejuk berkenaan.
“Sejurus selepas itu, ibu kanak-kakak terbabit menyoal anaknya itu dan dia mengaku serta memberi alasan berbuat demikian kerana ingin mencuba air orang ‘dewasa’ itu,” katanya.
Menurutnya, ibu kanak-kanak berkenaan yang berang dengan tindakan itu merotan anaknya itu dengan wayar hingga menyebabkan kesan lebam di tangan, bahu dan belakang badan.
Katanya,
selepas kanak-kanak itu pergi ke sekolah semalam, guru kelasnya yang
ternampak kesan lebam di tangan kanak-kanak itu menyangka anak muridnya
yang berusia tujuh tahun itu menjadi mangsa dera ibu sebelum membuat
laporan polis.
“Selepas disoal siasat, akhirnya terbongkar kejadian kanak-kanak lelaki itu sebenarnya dihukum akibat tindakannya minum bir di rumah jiran sebelum diserahkan kepada guru kaunseling untuk tindakan lanjut,” katanya
No comments:
Post a Comment