Kalaupun dia bercakap aku tak pernah suka sangat,Tapi kata kata dia tentang hal ini, Benar dan sebnarnya Benar, Walaupun pahit untuk dipolitik kan tapi kerana ianya hak, aku mempertahankan kata ini.
PKR dakwa Zulkifli Noordin hina Hindu
PKR
mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli
Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan
bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.
Naib Presiden PKR N Surendran (kanan) berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.

"Kata-kata
yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk
pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.
Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu bawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.
Perbualan dengan penjual berhala
Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur.
Kedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak.
"(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata.
Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku).
"Apa pasal anne (abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita.
"Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air.
"Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Hey dey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu.
[Baca berita penuh]

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan
melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak
semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment