Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Sunday, March 31, 2013

GLAUKOMA - Pencuri Senyap Penglihatan




GLAUKOMA - Pencuri Senyap Penglihatan

Apa Itu Glaukoma ?
Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang penglihatan tanpa disedari. Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kehilangan penglihatan / kebutaan kekal dapat dielakkan.
Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah mata.
Terdapat banyak jenis Glaukoma. Namun kebiasaannya, Glaukoma yang sering dihidapi pesakit adalah 'Glaukoma Sudut Terbuka'. Glaukoma jenis ini biasanya berlaku tanpa disedari oleh pesakit.
Bagaimana ia terjadi ?
Dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang berkitaran menerusi bahagian depan mata dan keluar melalui salur 'Canal of Schlem'.
Dalam Glaukoma, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan dirembeskan ke bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.
Apabila tekanan meningkat lebih dari paras biasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya ialah medan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.
medan penglihatan normal
medan penglihatan berkurangan
medan penglihatan kecil & kabur
Siapakah sasaran Glaukoma ?
  • Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
  • Umor 40 tahun ke atas
  • Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi
  • Pengambilan ubat Steroid
Apa Itu Glaukoma Kronik ?
Tanda-tanda :
  • Medan / ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan
  • Sakit kepala atau rasa senak pada mata
  • Buta tanpa sebarang tanda awal
Apa Itu Glaukoma Akut ?
Tanda-tanda :
  • Sakit mata secara tiba-tiba
  • Mata merah
  • Kabur penglihatan
  • Sakit kepala
  • Loya dan muntah-muntah
Apakah rawatannya ?
  • Ubat titis mata
  • Ubat Pil
  • Pancaran laser
  • Pembedahan
Apakah tindakan anda?
Dapatkan pemeriksaan Pakar Oftalmologi jika anda :
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma
  • Berumor lebih dari 40 tahun
  • Mempunyai tanda-tanda Glaukoma
  • Menghidap Diabetes / Darah Tinggi

No comments:

Post a Comment