Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Friday, March 1, 2013

Apakata anda















Penentang tawan Masjid Ummaiyad

Beirut: Pejuang antikerajaan menguasai kawalan Masjid Umayyad di Aleppo, semalam, selepas berlaku pertempuran sengit beberapa hari di situ.
Menurut badan Pemantau Hak Asasi Manusia Untuk Syria, tentera kerajaan terpaksa berundur ke beberapa lokasi di bangunan sekitar masjid terkenal itu.

Bagaimanapun, kata pemantau itu, bangunan bersejarah berkenaan mengalami kerosakan akibat pertempuran kedua-dua pihak. Pegawai badan itu berkata, muzium masjid berkenaan terbakar ketika pejuang antikerajaan dan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad berbalas tembakan.
“Ia menyebabkan siling masjid runtuh, memburukkan lagi kerosakan yang berlaku pada Oktober tahun lalu apabila pelbagai perabot antik dan satu daripada tiang berukir di situ musnah. Masjid Umayyad menjadi tempat umat Islam beribadah sejak abad kelapan, tetapi bangunan asalnya dimusnahkan tentera pada abad ke-13. Sementara itu, Badar Purba di Aleppo menyaksikan pertempuran sengit berlaku berhampiran Istana Keadilan dan Medan Sabaa Baharat.

Pengarah badan pemantau itu, Rami Abdel Rahman, berkata jika pejuang antikerajaan menguasai istana berkenaan, mereka mampu memutuskan laluan tentera tambahan ke Aleppo. Kubu itu - pernah dijadikan tempat pertahanan untuk 10,000 orang pada zaman silam - kini dikawal tentera yang setia kepada Bashar.

Pejuang berkata, tentera terbabit hanya mendapat bantuan dan bekalan melalui satu laluan yang belum mereka kuasai. - AFP
FotoPEJUANG Tentera Pembebasan Syria dari Briged Pahlawan Utara meninggalkan satu daripada gua mereka untuk bertempur dengan tentera kerajaan di al-Karmid di Jabal al-Zaweya, Idlib, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/0
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/PenentangtawanMasjidUmmaiyad/Article#sthash.8AR1x2Is.dpuf

No comments:

Post a Comment