Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Monday, February 11, 2013

Who is Jayne?





Polis berusia 28 tahun itu mengenali Islam ketika dia membantu seorang wanita mangsa keganasan rumah tangga di Eccles, Salford.
"Di tempat Saya bekerja di Eccles, di sana ada sebuah masjid besar dan populasi Muslim yang besar. Jadi saya fikir saya harus mencari lebih banyak tentang ini," katanya.
Jayne, yang patuh perintah Allah dengan memakai tudung dalam tugasan hariannya sebagai anggota polis , dia masih ingat sebelum dia masuk selalu mendengar isu negatif tentang Islam. Wanita dalam Islam itu teraniaya tetapi yang jelas semua itu adalah salah.

Jayne mengagumi agama Islam yang mengajarkan nilai-nilai luhur seperti berbuat baik kepada jiran, menghormati orang-orang tua, dan menyayangi yang lebih muda.
Jayne mengucapkan Syahadat pada April tahun lalu dan merancang untuk menukar namanya menjadi Aminah.
Jayne mengatakan bahawa keislamannya diterima oleh keluarga dan rakan-rakan kerjanya. Ia mengatakan bahawa ia tidak akan memaksa kedua-dua anaknya untuk masuk Islam, sebagaimana memang tidak ada paksaan untuk masuk agama Islam.-DI




No comments:

Post a Comment