Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Friday, February 15, 2013

Soup Kambing






Sup Tulang Kambing

Sup_tulang_kambing_003



Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 kg tulang kambing ( bhgn rusuk )
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2" halia
  • 2cm lengkuas
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 2 bj buah pelaga
  • 1 mangkuk air panas
  • 3 mangkuk air
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • 2 sb garam & 1/2 sk ajinomoto
  • 3 sb minyak
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk kaca, satukan kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih & bunga lawang
  2. Masukkan air panas yang baru saja dimasak, tutup mangkuk rapat. Biar sehingga air menjadi suam. Selepas itu toskan bahan2 rempah & simpan air rendaman.
  3. Tumbuk lumat bawang putih & bawang merah. Halia & lengkuas diketuk separuh lumat.
  4. Panaskan minyak dalam periuk (lagi mudah kalau guna pressure cooker) tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan2 rempah yang telah direndam tadi. Gaul sekata.
  5. Masuk pula halia & lengkuas. Biar selama 2minit. Masukkan tulang2 kambing, kacau biar bergaul dgn rempah,kecilkan api biar selama 10minit.
  6. Masuk air & air rendaman rempah. Kacau sekata. Tutup periuk & dengan api perlahan reneh sehingga tulang empuk,biasanya dalam 1 1/2 jam.
  7. Bila dah empuk, masuk lada sulah, garam dan ajinomoto. Adjust mengikut selera anda. Padamkan api, masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Tutup periuk rapat selama 20 minit. Siap utk dihidang.

No comments:

Post a Comment