Lebuh raya sesak, orang ramai mula pulang ke kampung cuti raya Cina
RAKAMAN pada pukul 10 pagi sesak
dengan kenderaan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina di Kilometer 25.1
Lebuh Raya Utara Selatan dari arah tol Jalan Duta menuju ke utara dan
susur keluar selatan di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
Laporan Twitter PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di plustrafik pada pukul 10.18 pagi ini menyebut laluan ke utara Lebuh Raya Utara Selatan, keadaan trafik sesak dari Bukit Lanjan ke Bukit Tagar.
Laluan ke selatan pula, trafik perlahan dari Putra Mahkota ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.
Bagi laluan ke Pantai Timur pula, Twitter Polis Diraja Malaysia melaporkan kesesakan berlaku di Plaza Tol Bentong dengan kelajuan kenderaan kira-kira 15-20 kilometer sejam
No comments:
Post a Comment