Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Saturday, February 23, 2013

Nik Aziz hina penerima BR1M


### Rodelio Junjun Taucan- Penulis berita ini.

Siapa Dia- Seorang ISLAM? atau seorang Kafir.
                  Seorang Melayu? atau seorang *****

Yang Pasti dia memang tak paham bahasa Melayu yang berkias. Tiada kepentingan baginya untuk memahami fakta sebenar. Tiada Dosa baginya untuk di takuti. Apa dia peduli pada Neraka sedang dia sendiri tak takut pada Allah..Tapi orang orang Islam ini.....PM, TPM dakwa Nik Aziz hina penerima BR1M
Najib Tun Razak
KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan



Tapi cuba dengar pandangan ini pula.



 




Penerima bantuan umpama ‘haiwan’

KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.






PENJELASAN ISU "HAIWAN" BAGI PENERIMA BR1M 

Sebab Itulah Orang Bijak Pandai Semua Dalam Pakatan Rakyat... Puak-Puak Ni Mana Tau Nak Membezakan Perumpamaan Seperti "Umpama" & "Kalau" Haiwan & Haiwan Yang Sebenar. Sebab Itu Perumpamaan Melayu Kebanyakkannya Mengaitkan Peribahasa Dengan Binatang. Itu Kan Perumpamaan. Apa Guna Jadi PM / Menteri Kalau Perumpamaan Pun Tak Tahu Dinilaikan Maknanya. Yang Bawahan Pula Mengangguk (Menjilat & Membodek). Takda Timbul Isu Seperti Yang Dimainkan Oleh Media Arus Perdana & Pemimpin UMNO & BN Yang Berterusan Memainkannya Kerana Mereka Memang Takda Modal Untuk Mengenakan Pakatan Rakyat... Kita Ikuti Penjelasannya... 

BERIKUT UNGKAPAN TG NIK AZIZ KETIKA BERUCAP SEKEMBALINYA DARI MENUNAIKAN UMRAH TEMPOHARI...

"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami.

Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil).

Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia," - @[358919387591:274:Nik Abdul Aziz Nik Mat]

Setahu ADMIN, UTUSAN Turut Menyiarkan Tajuk "Penerima Bantuan Umpama Haiwan"... Jadi Apa Masalahnya?... Ada Ke TG Nik Aziz Cakap Penerima BR1M Itu Haiwan?...

Link Utusan : http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130221/po_04/Penerima-bantuan-umpama-%E2%80%98haiwan%E2%80%99

#Moga Geng Kita Dapat Pencerahan. ADMIN Terpaksa Jelaskan Sebab Ramai Sangat Yang Inbox ADMIN Bertanyakan Hal Ini... Kita Semua Diberikan Akal Dan Fikiran, Jadi Gunalah Dengan Sebaik-Baiknya... Jangan Jadi "LEMBU DICUCUK HIDUNG" Pulak!!!... 

Tolong SHARE Agar Tiada Kecelaruan Dikalangan Geng Kita... ::.kikiki.::
PENJELASAN ISU "HAIWAN" BAGI PENERIMA BR1M

Sebab Itulah Orang Bijak Pandai Semua Dalam Pakatan Rakyat... Puak-Puak Ni Mana Tau Nak Membezakan Perumpamaan Seperti "Umpama" & "Kalau" Haiwan & Haiwan Yang Sebenar. Sebab Itu Perumpamaan Melayu Kebanyakkannya Mengaitkan Peribahasa Dengan Binatang. Itu Kan Perumpamaan. Apa Guna Jadi PM / Menteri Kalau Perumpamaan Pun Tak Tahu Dinilaikan Maknanya. Yang Bawahan Pula Mengangguk (Menjilat & Membodek). Takda Timbul Isu Seperti Yang Dimainkan Oleh Media Arus Perdana & Pemimpin UMNO & BN Yang Berterusan Memainkannya Kerana Mereka Memang Takda Modal Untuk Mengenakan Pakatan Rakyat... Kita Ikuti Penjelasannya...

BERIKUT UNGKAPAN TG NIK AZIZ KETIKA BERUCAP SEKEMBALINYA DARI MENUNAIKAN UMRAH TEMPOHARI...

"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami.

Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil).

Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia


No comments:

Post a Comment