Rentung tanpa kepala
Bentong: Satu mayat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila bukan saja rentung, malah kepalanya sudah bercerai dari badan manakala kedua-dua tangan dan kakinya hilang di kawasan belukar berhampiran bulatan menuju ke Stesen Kereta Kabel Genting Highlands, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, berkata mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui orang awam yang menggunakan laluan berkenaan sebelum memaklumkan polis kira-kira jam 6.30 petang.
“Sebaik melihat mayat berkenaan yang bahagian kepalanya sudah terpisah dari badan, pengadu berpatah balik sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.
Menurutnya, ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, mayat itu masih dalam keadaan terbakar.
“Pemeriksaan awal mendapati mayat itu tidak dapat dikenal pasti jantinanya, malah tiada pengenalan diri dan polis menjalankan siasatan untuk mengesan identiti mangsa.
“Sepasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dihantar ke lokasi kejadian bagi memeriksa mayat berkenaan yang dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang dan dibakar ke kawasan belukar itu,” katanya
No comments:
Post a Comment