|
TEMERLOH - Kerajaan negeri Pahang sedang mengkaji untuk memulihkan semula aktiviti mandi bersama gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang dekat sini untuk menarik semula kedatangan pelancong ke pusat berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin (gambar) berkata, sejak aktiviti itu dihentikan Oktober tahun lepas, kedatangan pelancong ke pusat berkenaan semakin merosot.
"Kerajaan negeri akan melakukan kajian bersama pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) iaitu bagaimana untuk mengadakan semula aktiviti tersebut dengan menekankan soal keselamatan," katanya kepada pemberita di sini semalam
.
No comments:
Post a Comment