Satu das lawan cakap
Petaling Jaya: Akibat enggan bekerjasama dengan seorang penyamun, seorang pemilik kedai tayar yang sedang melepak di premis jirannya ditembak di paha kiri dalam kejadian di Jalan 8/3b , Bandar Damansara Perdana, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 28 tahun itu sedang melepak di premis jirannya bersama seorang pekerja dan pelanggan.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika sedang melepak tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian gelap dan bertopi keledar berpenutup penuh memasuki premis.
“Selepas mendekati kami, lelaki itu terus meminta kami menyerahkan barang berharga dengan mengacu sepucuk pistol,” katanya yang masih trauma akibat kejadian itu.
Menurutnya, mereka cuba berunding, namun lelaki itu yang naik berang apabila mereka melawan cakapnya bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai paha kiri mangsa.
ANGGOTA polis menyiasat di tempat kejadian, semalam.
Katanya, lelaki itu yang panik kemudian melarikan diri dengan rakannya yang sedia menunggu dengan motosikal di luar premis.Beliau berkata , mangsa yang cedera dihantar ke sebuah pusat perubatan swasta dan kini dilaporkan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian cubaan samun itu dan memaklumkan suspek tidak sempat mengambil sebarang barangan berharga daripada mangsa.
No comments:
Post a Comment