Tamyes
Tamyes
JABATAN Mufti Selangor mengulas berhubung fatwa yang dikeluarkan ulama Indonesia yang tidak mewajibkan solat Jumaat sekiranya keadaan jerebu teruk sangat.

Muftinya, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, dalam keadaan jerebu seperti sekarang ini tidak sewajarnya fatwa melarang umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat kerana udara masih belum tahap memudaratkan.

“Buat tempoh ini keadaan jerebu yang melanda atmosfera sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hanya berada di tahap tidak sihat belum darurat sehingga status bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 1,000.

“Kalau IPU dah cecah 1,000 itu barulah darurat  dan memudaratkan kesihatan orang ramai dan dalam keadaan seumpama ini seharusnya akan wujud larangan keluar rumah kerana membahayakan kesihatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Tamyes turut memaklumkan bahawa setiap bencana atau bala yang diturunkan Allah tidak akan menjejaskan ibadah umat Islam.

“Hari ini walaupun IPU mencatatkan udara tidak sihat tetapi orang awam masih boleh keluar bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Manakala istilah darurat ialah apabila seseorang itu keluar dari rumah ditimpa mala petaka atau rebah tiba-tiba akibat udara kotor barulah lay