Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Friday, May 25, 2012

Harian Metro


Khidmat ekstra lepas jamu selera di restoran

Posted on the May 25th, 2012 under Tempatan by 
Gambar hiasan
KLANG: Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan 10 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam dua serbuan di sini, malam kelmarin.
Dalam serbuan pertama di sebuah restoran makanan laut di Bandar Baru Klang, di sini, keasyikan pelanggan menjamu selera terbantut apabila restoran itu diserbu sebelum polis menahan lima pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang bekerja di restoran itu.
Operasi dinamakan Ops Noda itu dilaksanakan pasukan membabitkan tiga pegawai dan 10 anggota.

Warga emas dikebumi hidup-hidup

Posted on the May 25th, 2012 under Luar Negara by 
Kereta yang rosak ditinggalkan di tepi jalan
BEIJING: Satu pasangan muda ditahan semalam selepas disyaki menanam seorang wanita hidup-hidup setelah melanggarnya dengan kereta.
Kes itu yang mencetuskan kemarahan orang ramai, berlaku di wilayah Zhejiang, timur China, membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun.

KDN haram buku Irshad Manji

Posted on the May 25th, 2012 under Tempatan by 
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ dan versi Bahasa Inggeris ‘Allah, Liberty and Love’ kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya ‘boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.’
Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata beliau.

Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani

Posted on the May 25th, 2012 under Artis by 
KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.
Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.
“Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

Kem PLKN Tangkas Kendiri disita

Posted on the May 25th, 2012 under Tempatan by 
KEM PLKN Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar ditutup selepas dikenakan tindakan sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu. Gambar kecil, Abdul Hadi.
KUALA LUMPUR – Seramai 248 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak akan dipindahkan ke kem lain berikutan notis sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pengusaha kem berkenaan diarah mengosongkan kem itu kerana gagal membayar hutang kepada sebuah syarikat pembekal.

Pengadil dituduh atur perlawanan Liga Super

Posted on the May 25th, 2012 under Sukan by 
SINGAPURA – Pengadil Malaysia, Shokri Nor bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah didakwa di mahkamah Singapura semalam atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan Liga Super antara Lions XII menentang Sarawak di republik itu pada Selasa lalu.
Shokri, 48, dan Thana, 38, yang merupakan seorang usahawan dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang selepas mereka didakwa bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang.

Ular sawa kuning jenis Anaconda lahir 30 anak

Posted on the May 25th, 2012 under Tempatan by 
MEMBIAK. Sebahagian daripada 30 ekor anak ular Anaconda Kuning yang lahir pada 3 dan 19 Mei lepas di Taman Ular Sawa di Kuala Pilah.
KUALA PILAH – Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul dekat sini menerima ahli baharu apabila dua ekor ular sawa jenis Anaconda Kuning melahirkan sebanyak 30 ekor anak pada 3 dan 19 Mei lepas.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, ibu pertama ular itu melahirkan tiga ekor anak manakala ibu kedua pula sebanyak 27 ekor.

Meterai bukti kota Baitul Laham wujud

Posted on the May 25th, 2012 under Luar Negara by 
GAMBAR yang disiarkan dalam laman web Pihak Berkuasa Antikuiti Israel kelmarin menunjukkan meterai kuno yang tertera nama Baitul Laham. - Agensi
BAITULMUQADDIS – Sepasukan ahli arkeologi Israel menemui sebuah meterai (cop mohor) berusia 2,700 tahun yang tertera perkataan Baitul Laham dalam bahasa Ibrani, kata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel kelmarin.
Ia dipercayai bukti terawal kewujudan kota Baitul Laham seperti yang disebut dalam kitab Injil.

Harga petrol naik 42 sen di India

Posted on the May 25th, 2012 under Luar Negara by 
PENUNGGANG motosikal menunggu giliran mengisi petrol di Ahmadabad susulan pengumuman kenaikan harga minyak di India kelmarin.
NEW DELHI, India – Harga petrol naik mencecah 7.5 rupi (42 sen) seliter di India berkuat kuasa semalam.
Ia kenaikan harga bahan api itu yang tertinggi di India dalam tempoh satu dekad.

WWW 1 catat bidaan RM520,000

Posted on the May 25th, 2012 under Tempatan by 
KUALA LUMPUR – Nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan mencipta rekod baharu apabila menerima bidaan tertinggi bernilai RM520,000.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, nilai bidaan itu jauh mengatasi rekod tahun 2010 menerusi plat MCA 1 yang dijual pada harga RM300,000

No comments:

Post a Comment