Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Thursday, January 24, 2013

Cuba selamatkan Adik dalam kebakaran

pix_topright

Kanak-kanak cuba selamatkan adik

Oleh Haidhar Hilmi
Batu Pahat: Tindakan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meredah asap tebal dan cuba menyelamatkan adik lelakinya yang nyenyak tidur, sebelum menjerit sekuat hati memaklumkan kebakaran berjaya menyelamatkan nyawa adik bongsunya dalam kebakaran rumah kedai di Taman Bukit Pasir di sini, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Nazrul Affal Che Khairul bermain basikal di bawah rumah kedai itu sebelum menyedari kepulan asap tebal keluar daripada rumahnya dan nekad menaiki tangga meredah asap tebal untuk menyelamatkan adiknya, Mohd Naim, 8, yang tidur di ruang tamu.
Malangnya, jeriji rumah berkunci menyebabkan Nazrul Affal gagal menyelamatkan adiknya itu, sebaliknya menjerit meminta bantuan sebelum orang ramai memanggil ibunya yang berniaga di kedai makan kurang 100 meter dari tempat kejadian.

Menceritakan detik mencemaskan itu, ibu dua kanak-kanak berkenaan, Siti Mariam Hamad, 39, berkata, ketika kejadian dia berniaga di kedai makan milik keluarga di deretan rumah kedai yang sama dengan rumah sewanya itu.

"Ketika itu saya berada di kedai bersama suami dan dua anak saya yang lain sebelum keadaan menjadi cemas apabila terdengar bunyi bising dan mendapat tahu rumah kami terbakar.

Menurutnya, bagi menyelamatkan nyawa anak bongsunya, dia segera naik ke rumah sebelum memberanikan diri meredah api marak.

"Syukurlah saya dan Mohd Naim terselamat dan tidak mengalami kecederaan namun semua barangan dan dokumen hangus dalam kebakaran itu.

"Selain itu, saya bangga kerana Nazrul Affal berani naik ke rumah kami untuk menyelamatkan adiknya sebelum menjerit memaklumkan kebakaran itu," katanya

No comments:

Post a Comment