Monday, May 18, 2009
Kerabu Limau Bali
Kerabu Limau Bali berasal dari Selatan Thailand. Kita selalu dengar masakan kerabu mangga. Bahan-bahan resipi ini sama sahaja dengan kerabu mangga. Cuma bahan utama mangga sahaja ditukar dengan limau bali. Untuk makluman, kerabu limau bali ini jarang ada di Malaysia.
Bahan-bahan;
1 biji limau bali yang sudah masak dan dicerai-beraikan isinya.
5 biji bawang merah yang dimayang halus
5 biji cili padi dihiris halus
3 biji cili merah dihiris nipis menyerong
1 kuntum bunga kantan yang dihiris nipis
perahan limau nipis
gula dan garam secukup rasa
Cara-cara Memasak;
Gaulkan semua bahan tadi hingga sebati. Masukkan gula, garam dan perahan limau nipis secukup rasa yang diingini. Kalau mahu sedap, campurkan kisaran udang kering ke dalam kerabu. Nah! Sudah sedia untuk dimakan dengan nasi putih panas-panas. Terliur? Jom mencuba!
* Limau bali juga dikenali limau tambun. Bahasa Inggeris dipanggil Pomelo.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment