Metformin adalah sejenis ubat daripada kumpulan ‘biguanide’ yang telah ditemui pada tahun 1922. Terdapat pelbagai jenis dalam kumpulan ini tetapi jenis-jenis lain adalah toksik dan merbahaya walaupun dalam kuantiti yang sedikit, berbanding dengan metformin.
Ianya digunakan diseluruh dunia sebagai first line medication(rawatan utama) untuk penyakit-penyakit yang melibatkan rintangan insulin(insulin resistance). Insulin merupakan hormone yang digunakan oleh organ/tisu badan untuk membawa masuk glucose(sumber tenaga/bahan api sel utama) yang dihasilkan oleh organ pancreas.
Antara masalah rintangan yang paling berleluasa sekali dalam dunia adalah diabetis mellitus type 2(T2DM) atau lebih dikenali sebagai kencing manis. Ianya merupakan penyakit yang melibatkan dan merosakkan pelbagai organ dan sistem(multi organ/systemic disease). Penggunaan metformin dalam hal ini membantu masalah rintangan insulin yang dihadapi oleh pesakit-pesakit kencing manis.
Antara kegunaan lain yang mendapat manfaat hasil daripada penggunaan metformin adalah penyakit PCOS(Polycystic Ovarian Syndrome), infertility(masalah kesuburan wanita) dan prediabetis state(sebelum dapat kencing manis akibat obesiti). Namun begitu ianya BUKAN rawatan utama(first line treatment) untuk penyakit lain selain T2DM(kencing manis).
Walaupun pelbagai kebaikannya, sebelum menggunakan metformin, seseorang itu WAJIB untuk menjalani saringan fungsi buah pinggang(renal function profile). Ini amatlah penting kerana metformin tidak dicerna atau diproses oleh hati(liver). Ianya tidak berubah bentuk aktif dan bergantung kepada fungsi buah pinggang untuk dibuang dari badan melalui tubular secretion(buah pinggang tapis) ke dalam air kencing.
Sekiranya fungsi buah pinggang tidak memuaskan atau TIADA SARINGAN/SIASATAN terhadap fungsi buah pinggang dilakukan SEBELUM mengambil metformin, ianya amatlah merbahaya kerana mudah terkumpul dalam darah anda. Ini amatlah merbahaya dan toksik kerana ianya mampu terkumpul pada sel darah merah. Ini kerana ianya mempunyai protein binding(ikatan dengan protein) yang rendah sekaligus boleh berlegar-legar dalam plasma darah dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan(merosakkan buah pinggang, hati, paru-paru dan jantung).
Antara kesan paling merbahaya pengambilan metformin adalah lactic acidosis, dimana darah anda menjadi lebih berasid kerana pengumpulan asid lactic. Ianya berlaku kerana metformin akan mengakibatkan asid tersebut untuk tidak diproses oleh organ hati sebab ianya menghalang proses gluconeogenesis(penghasilan glucose) daripada berlaku.
Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa mereka yang mengambil metformin mudah untuk turut berat badan. Pengambilan yang tidak dikawal dari segi dos dan jangka masa mampu meningkatkan risiko untuk mengalami masalah ini. Ianya boleh membawa maut dan berlaku secara perlahan-lahan. Sehinggalah sistem yang terlibat dalam acid-base balance(darah, paru-paru dan buah pinggang) akhirnya tidak lagi mampu untuk menampung dan membetulkan semula keadaan tersebut.
Kesan paling kerap(common) sekali penggunaan metformin adalah masalah sistem perut dan usus. Ramai pengguna akan mengaku mereka kentut JAUH LEBIH BANYAK DAN KERAP. Mereka juga boleh menghadapi masalah cirit(diarrhea) atau sembelit(constipation). Situasi yang terlalu teruk dengan masalah2 ini turut juga boleh menyebabkan masalah asid lactic yang disebutkan sebelum ini(gastrointestinal lactic acidosis).
Sebab itulah, sebarang produk yang mengandungi metformin atau dicampur aduk tanpa pengetahuan pengguna amatlah merbahaya. Ianya juga tidak beretika dan banyak produk sedemikian turut boleh didapati dipasaran kerana majoritinya juga tidak berdaftar. Mustahil untuk kita menilai berapa banyak dos dalam setiap persiapan kerana ianya juga sering TIDAK DIPANTAU sendiri oleh pengeluar-pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab.
Jangan memperjudikan nyawa anda dengan merujuk kepada penjual yang hanya mementingkan keuntungan. Kebajikan anda bukan keutamaan mereka. Jika organ rosak pula, ianya tiada dijual di pasar-pasar malam. Tiada gantian sintetik. Peliharalah anugerah dan amanah yang telah dikurniakan Allah SWT dengan sebaiknya dengan menjauhi kemudaratan yang dapat dielakkan.
Rujukan:
Garry G. Graham, Jeroen Punt, Manit Arora, Richard O. Day, Matthew P. Doogue, Janna K. Duong, Timothy J. Furlong, Jerry R. Greenfield, Louise C. Greenup, Carl M. Kirkpatrick, John E. Ray, Peter Timmins and Kenneth M. Williams. (2011). “Clinical Pharmacokinetics of Metformin”. Clin Pharmacokinet.
Robert F, Fendri S, Hary L, Lacroix C, Andréjak M, Lalau JD (June 2003). “Kinetics of plasma and erythrocyte metformin after acute administration in healthy subjectDiabetes Metab
Angelico F, Burattin M, Alessandri C, Del Ben M, Lirussi F (January 2007). “Drugs improving insulin resistance for non-alcoholic fatty liver disease and/or non-alcoholic steatohepatitis”. Cochrane Database Syst Rev
Campbell, Jared M.; Bellman, Susan M.; Stephenson, Matthew D.; Lisy, Karolina (2017). “Metformin reduces all-cause mortality and diseases of ageing independent of its effect on diabetes control: A systematic review and meta-analysis”. Ageing Research Reviews
Fujita, Yoshihito; Inagaki, Nobuya (2017-01-01). “Metformin: New Preparations and Nonglycemic Benefits Current Diabetes Reports.
Jones G, Macklin J, Alexander W (2003). “Contraindications to the use of metformin”. BMJ.
Crowley, Matthew J.; Diamantidis, Clarissa J.; McDuffie, Jennifer R.; Cameron, C. Blake; Stanifer, John W.; Mock, Clare K.; Wang, Xianwei; Tang, Shuang; Nagi, Avishek; Kosinski, Andrzej S.; Williams, John W. (3 January 2017). “Clinical Outcomes of Metformin Use in Populations With Chronic Kidney Disease, Congestive Heart Failure, or Chronic Liver Disease: A Systematic Review”. Annals of Internal Medicine
Maruthur, NM; Tseng, E; Hutfless, S; Wilson, LM; Suarez-Cuervo, C; Berger, Z; Chu, Y; Iyoha, E; Segal, JB; Bolen, S (19 April 2016). “Diabetes Medications as Monotherapy or Metformin-Based Combination Therapy for Type 2 Diabetes: A Systematic Review and Meta-analysis”. Annals of Internal Medicine
No comments:
Post a Comment