Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Monday, August 28, 2017

Microwave sebar cancer

Sedikit kebimbangan yang berlaku sejak penggunaan telefon bimbit yang sentiasa berada di saku sebelah peha. Terutamanya bagi pihak lelaki kerana bimbangkan kelestarian keturunannya. Pernah ada pensyarah admin berseloroh “Nanti masak “kesuburan” kamu”.
Admin ingin memberi sedikit penjelasan teknikal disebalik kebimbangan ini.

Apakah pancaran yang dihasilkan telefon bimbit?

Semua peranti yang beroperasi menggunakan tenaga elektrik menghasilkan pancaran gelombang elektromagnetik, termasuk telefon bimbit. Alat elektrik yang mengandungi motor juga sudah pasti menghasilkan gelombang elektromagnetik juga.

Simulasi pancaran gelombang elektromagnetik.
Bagi sebuah telefon bimbit, gelombang yang terhasil atau yang diterima adalah gelombang radio. Gelombang radio adalah gelombang elektromagnetik yang bergetar pada frekuensi antara 3 KHz hingga 300 GHz. Kebiasaannya bagi telefon bimbit, frekuensi yang digunakan adalah berbeza mengikut tempat dan geografi, antara 850-1900 MHz atau getaran per saat.

Ada apa dengan ketuhar gelombang mikro (microwave oven) anda?

Tahukah anda, frekuensi ketuhar gelombang mikro adalah hampir sama dengan frekuensi gelombang telefon bimbit?
Jadi apakah persamaan ini? Jawapannya adalah pada jenis gelombang elektromagnetik, iaitu gelombang mikro, dan pada frekuensi yang hampir sama iaitu kebiasaannya 2400 MHz berbanding dengan telefon bimbit yang beroperasi pada 850-1900 MHz. Untuk operasi Wi-Fi, frekuensi 2400 MHz juga digunakan untuk telefon bimbit. Jadi apa bezanya?
Sebelum kita membincangkan perbezaan ini, mari kita ambil tahu bagaimana makanan didalam ketuhar “microwave” memanaskan makanan.
Bayangkan pada satu pagi kita mengeluarkan nasi goreng yang sejuk dari peti ais, dan meletakkannya di sebuah mangkuk yang dilabel “microwave safe” (selamat untuk ketuhar “microwave”). Sejurus selepas meletakkan makanan didalam ketuhar tersebut, kita pun menutup pintu ketuhar tersebut lalu dipusing laras kuasa (kebiasaannya dari 100-850 Watt). Lepas itu kita akan memusing laras masa untuk tempoh pemanasan tersebut, yang akan memulakan proses pemanasan. Setelah beberapa minit, makanan akan cukup panas untuk hidangan sarapan kita.

Apa yang sedang berlaku ketika pemanasan tersebut?

Pertama, gelombang yang terhasil menggetarkan molekul-molekul air pada makanan tersebut, yang akan menghasilkan pemanasan disebabkan tenaga kinetik molekul makanan tersebut bertukar menjadi tenaga haba. Oleh kerana molekul air mempunyai kutub magnetik, getaran frekuensi akan menyebabkan geseran molekul-molekul air bertukar menjadi tenaga haba. Akan tetapi, TAHAP kuasa yang dilaraskan yang membolehkan pemanasan tersebut berlaku dengan baik.
Gambar yang menunjukkan struktur molekul air bergetar (dua molekul Hidrogen dan satu Oksigen menyebabkan sifat kekutuban) dan gambaran pancaran gelombang elektromagnetik yang menghasilkan getaran tersebut
Pada waktu yang sama, terdapat penebat gelombang tersebut pada keliling ketuhar tersebut yang disebut sebagai “Faraday Cage”, termasuklah yang ada pada pintu kaca ketuhar (anda boleh melihat jaringan logam tersebut pada pintu kaca ketuhar). Ini membolehkan pemanasan berlaku hanya dalam ketuhar tersebut, tanpa memanaskan objek diluarnya.
Apa bezanya dengan sebuah telefon bimbit? Ya, kuasa yang dihasilkan. Untuk menghasilkan 100W yang kebiasaannya adalah tahap pemanasan yang paling rendah. Inikan pula sebuah telefon bimbit yang kebiasaannya menggunakan tenaga yang jauh lebih kecil dari sebuah ketuhar, iaitu kurang dari 1 Watt.
Ada video yang agak masyhur yang menunjukkan beberapa telefon bimbit diletakkan berhampiran butiran jagung yang bertukar menjadi “popcorn”. Akan tetapi, video tersebut telah di analisa dan diisyhtiharkan palsu.
Video palsu mengenai kuasa telefon bimbit yang boleh memanaskan bertih jagung bertukar menjadi “popcorn”
Ringkasnya, kuasa telefon bimbit adalah dalam 1,000 – 8,500 kali (anggaran sahaja) lebih kecil dari kuasa pancaran sebuah ketuhar mikro.
Setakat ini, hanya kesan pemanasan sahaja yang boleh berlaku melalui pancaran gelombang elektromagnet. Sebarang kesan lain dari gelombang telefon bimbit tidak dapat dikenalpasti setakat ini. Berlainan pula dengan  pancaran sinaran-X atau gamma yang memang merbahaya (dan boleh menyebabkan kanser). Kerana ia boleh pancaran tersebut boleh merentasi dinding sel dan merosakkan DNA yang berada di dalam sel.
Tetapi sebuah telefon bimbit tidak mungkin akan berupaya memancarkannya.

Kajian?

Kebanyakkan kajian menunjukkan bahawa penyakit kanser belum lagi dapat dikaitkan dengan gelombang daripada telefon bimbit mahupun microwave. Tetapi FDA ada mengeluarkan satu rekomendasi kepada kanak-kanak supaya mengurangkan pendedahan kepada gelombang tersebut. Ini kerana otak kanak-kanak masih membesar. Mereka risau pendedahan yang selalu pada kepala mungkin menyebabkan gangguan pada sel itu sendiri.
FDA  mengeluarkan garis panduan tersebut bukanlah menunjukkan ia bukti gelombang tersebut adalah penyebab kanser. Tetapi ini lebih kepada langkah berjaga-jaga

Kesimpulan.

Kesimpulannya, gelombang daripada telefon bimbit mahupun microwave belum dibuktikan lagi menyebabkan kanser. Bahkan banyak daripada kajian mengatakan tiadnya kaitan penyakit kanser dengan penggunaan telefon bimbit.
Oleh itu, usah dirisaukan radiasi telefon bimbit anda, akan tetapi berhati-hati dengan khabar palsu yang anda dapati diluar sana
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science

Rujukan
[1] Kamerman and N. Erkocevic, “Microwave oven interference on wireless LANs operating in the 2.4 GHz ISM band,” in Personal, Indoor and Mobile Radio Communications, 1997. Waves of the Year 2000. PIMRC’97., The 8th IEEE International Symposium on, 1997, pp. 1221-1227.
[2] “Cell Phones and Cancer Risk” https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/radiation/cell-phones-fact-sheet
[3] “Can mobile phones really be used to cook popcorn?” https://www.theguardian.com/technology/2008/jun/11/mobilephones.youtube
[4] “How Do Microwaves Cook Food?” http://www.businessinsider.my/how-do-microwaves-work-2014-6/?r=US&IR=T#7Vik8jpOzedkePuv.97

Kilat ke atas kapal terbang



Pada tahun 1963, Penerbangan 214 milik syarikat penerbangan Pan Am telah terhempas di Elkton, Maryland, di Amerika Syarikat. Penerbangan pesawat jenis Boeing 707 ini telah mengorbankan kesemua 81 penumpang dan anak kapal.
Pesawat Pan Am Penerbangan 214, 1963.
Hasil siasatan mendapati nahas adalah berpunca daripada sambaran kilat yang terkena pada tangki minyak sebelah kiri pesawat, menyebabkan kebakaran yang dahsyat. Ia juga menghilangkan fungsi kawalan penerbangan oleh juruterbang
Itu di tahun 1963. Sekarang bagaimana? Apakah pesawat masakini masih lagi disambar kilat?
Keratan akhbar – penerbangan 214

FARADAY CAGE

Dalam rekabentuk pesawat moden, telah diterapkan konsep Faraday Cage pada luar badan pesawat.
Konsep itu ‘menghubungkan’ panel-panel kulit pesawat dengan aliran elektrik yang baik. Setiap panel kulit yang aluminium akan dihubungkan antara satu sama lain.
Jika kulit tersebut dibuat daripada gentian fiber atau komposit, akan ada lapisan pengalir elektrik di dalamnya.
Selain itu terdapat juga ‘bonding jumper’ iaitu wayar-wayar tembaga yang menghubungkan panel ke panel secara elektrik. Bonding jumper ini terdapat dalam jumlah yang amat banyak di seluruh badan pesawat.

RADOME LIGHTNING STRIP DAN STATIC WICK

Kilat yang menyambar pesawat pada kebiasaannya akan masuk melalui ‘entry point’ iaitu biasanya pada muncung atau radome pesawat, atau di sekelilingnya.
Di radome ini terdapat jalur-jalur kilat (lightning strips).
Muncung/hidung kapal terbang dipanggil radome. Garisan-garisan yang terdapat pada radome inilah namanya lightning strip
Cas elektrik yang dibawa sambaran kilat ini akan keluar pula pada ‘exit points’ nya, selalunya secara tipikal di bahagian belakang sayap (wing trailing edge) dan juga belakang ekor (tail trailing edge).
Di bahagian ‘exit points’ inilah akan terdapat ‘static discharger’ (penyahcas elektrik statik), ataupun dipanggil juga sebagai ‘static wicks’.
Walaupun pada asasnya static wicks adalah untuk menyahcaskan elektrik statik, namun dalam keadaan sambaran kilat, ianya juga melepaskan cas-cas elektrik yang mengalir akibat sambaran kilat itu ke udara.
Keadaan ini boleh dilihat dengan static wick itu menjadi cair ataupun terbakar.
Batang-batang hitam di belakang sayap pesawat inilah contoh static wicks.

KESAN SAMBARAN KILAT PADA PESAWAT

Hasil daripada rekabentuk konduktif elektrik yang baik, sambaran kilat hampir tidak membawa apa-apa kesan terhadap pesawat.
Penumpang selalunya tidak merasakan apa-apa perubahan melainkan yang terlalu ketara seperti kesan pencahayaan daripada kilat.
Kesan yang paling ketara dapat dilihat ialah pada ‘entry point’ dan ‘exit points’ yang terdapat pada badan pesawat. Ianya berupa kesan cairnya beberapa rivet, atau kesan terbakar yang sangat kecil.
Juruteknik pesawat akan menukarkan rivet tersebut kepada yang baru, atau jika ianya berlaku pada kulit, juruteknik akan menggosoknya (blending) dengan perkakas yang sesuai untuk menghilangkan tanda sambaran kilat.

KOMPONEN-KOMPONEN ELEKTRIK DAN TANGKI MINYAK

Komponen elektrik selalunya akan mengalami standard yang tinggi sebelum diluluskan untuk digunakan pada pesawat moden.
Sesetengahnya tidak dibenarkan disentuh sebelum menyahcaskan elektrik statik. Jika ingin menyentuh, kita tidak dibenarkan menggunakan tangan kosong. Juruteknik atau jurutera perlu memakai radas yang sesuai dahulu.
Dan boleh dikatakan semua komponen elektrik selamat untuk digunakan ketika sambaran kilat sedang berlaku.
Komponen-komponen elektrik juga selalunya akan dibumikan (grounded).
Tangki minyak juga amat bahaya jika tidak direkabentuk dengan baik.
Untuk mengelakkan kesan sambaran kilat, selalunya tangki-tangki minyak akan dibentuk supaya dindingnya tebal. Ia juga dikedap (sealed) dengan amat terperinci.

KESIMPULAN

Kesan sambaran kilat adalah amat biasa sebenarnya bagi pesawat komersil. Namun kerana rekabentuk yang baik, insyaAllah anda akan melalui penerbangan yang selamat.
Penulis: Shazlee
Jika penulisan ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science.

Metformin



Metformin adalah sejenis ubat daripada kumpulan ‘biguanide’ yang telah ditemui pada tahun 1922. Terdapat pelbagai jenis dalam kumpulan ini tetapi jenis-jenis lain adalah toksik dan merbahaya walaupun dalam kuantiti yang sedikit, berbanding dengan metformin.
Ianya digunakan diseluruh dunia sebagai first line medication(rawatan utama) untuk penyakit-penyakit yang melibatkan rintangan insulin(insulin resistance). Insulin merupakan hormone yang digunakan oleh organ/tisu badan untuk membawa masuk glucose(sumber tenaga/bahan api sel utama) yang dihasilkan oleh organ pancreas.
Antara masalah rintangan yang paling berleluasa sekali dalam dunia adalah diabetis mellitus type 2(T2DM) atau lebih dikenali sebagai kencing manis. Ianya merupakan penyakit yang melibatkan dan merosakkan pelbagai organ dan sistem(multi organ/systemic disease). Penggunaan metformin dalam hal ini membantu masalah rintangan insulin yang dihadapi oleh pesakit-pesakit kencing manis.
Antara kegunaan lain yang mendapat manfaat hasil daripada penggunaan metformin adalah penyakit PCOS(Polycystic Ovarian Syndrome), infertility(masalah kesuburan wanita) dan prediabetis state(sebelum dapat kencing manis akibat obesiti). Namun begitu ianya BUKAN rawatan utama(first line treatment) untuk penyakit lain selain T2DM(kencing manis).
Walaupun pelbagai kebaikannya, sebelum menggunakan metformin, seseorang itu WAJIB untuk menjalani saringan fungsi buah pinggang(renal function profile). Ini amatlah penting kerana metformin tidak dicerna atau diproses oleh hati(liver). Ianya tidak berubah bentuk aktif dan bergantung kepada fungsi buah pinggang untuk dibuang dari badan melalui tubular secretion(buah pinggang tapis) ke dalam air kencing.
Sekiranya fungsi buah pinggang tidak memuaskan atau TIADA SARINGAN/SIASATAN terhadap fungsi buah pinggang dilakukan SEBELUM mengambil metformin, ianya amatlah merbahaya kerana mudah terkumpul dalam darah anda. Ini amatlah merbahaya dan toksik kerana ianya mampu terkumpul pada sel darah merah. Ini kerana ianya mempunyai protein binding(ikatan dengan protein) yang rendah sekaligus boleh berlegar-legar dalam plasma darah dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan(merosakkan buah pinggang, hati, paru-paru dan jantung).
Antara kesan paling merbahaya pengambilan metformin adalah lactic acidosis, dimana darah anda menjadi lebih berasid kerana pengumpulan asid lactic. Ianya berlaku kerana metformin akan mengakibatkan asid tersebut untuk tidak diproses oleh organ hati sebab ianya menghalang proses gluconeogenesis(penghasilan glucose) daripada berlaku.

Kesan paling buruk boleh berlaku akibat penggunaan metformin tanpa kawalan
Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa mereka yang mengambil metformin mudah untuk turut berat badan. Pengambilan yang tidak dikawal dari segi dos dan jangka masa mampu meningkatkan risiko untuk mengalami masalah ini. Ianya boleh membawa maut dan berlaku secara perlahan-lahan. Sehinggalah sistem yang terlibat dalam acid-base balance(darah, paru-paru dan buah pinggang) akhirnya tidak lagi mampu untuk menampung dan membetulkan semula keadaan tersebut.
Kesan paling kerap(common) sekali penggunaan metformin adalah masalah sistem perut dan usus. Ramai pengguna akan mengaku mereka kentut JAUH LEBIH BANYAK DAN KERAP. Mereka juga boleh menghadapi masalah cirit(diarrhea) atau sembelit(constipation). Situasi yang terlalu teruk dengan masalah2 ini turut juga boleh menyebabkan masalah asid lactic yang disebutkan sebelum ini(gastrointestinal lactic acidosis).
Sebab itulah, sebarang produk yang mengandungi metformin atau dicampur aduk tanpa pengetahuan pengguna amatlah merbahaya. Ianya juga tidak beretika dan banyak produk sedemikian turut boleh didapati dipasaran kerana majoritinya juga tidak berdaftar. Mustahil untuk kita menilai berapa banyak dos dalam setiap persiapan kerana ianya juga sering TIDAK DIPANTAU sendiri oleh pengeluar-pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab.
Jangan memperjudikan nyawa anda dengan merujuk kepada penjual yang hanya mementingkan keuntungan. Kebajikan anda bukan keutamaan mereka. Jika organ rosak pula, ianya tiada dijual di pasar-pasar malam. Tiada gantian sintetik. Peliharalah anugerah dan amanah yang telah dikurniakan Allah SWT dengan sebaiknya dengan menjauhi kemudaratan yang dapat dielakkan.
Rujukan:
Garry G. Graham, Jeroen Punt, Manit Arora, Richard O. Day, Matthew P. Doogue, Janna K. Duong, Timothy J. Furlong, Jerry R. Greenfield, Louise C. Greenup, Carl M. Kirkpatrick, John E. Ray, Peter Timmins and Kenneth M. Williams. (2011). “Clinical Pharmacokinetics of Metformin”. Clin Pharmacokinet.
Robert F, Fendri S, Hary L, Lacroix C, Andréjak M, Lalau JD (June 2003). “Kinetics of plasma and erythrocyte metformin after acute administration in healthy subjectDiabetes Metab
Angelico F, Burattin M, Alessandri C, Del Ben M, Lirussi F (January 2007). “Drugs improving insulin resistance for non-alcoholic fatty liver disease and/or non-alcoholic steatohepatitis”. Cochrane Database Syst Rev
Campbell, Jared M.; Bellman, Susan M.; Stephenson, Matthew D.; Lisy, Karolina (2017). “Metformin reduces all-cause mortality and diseases of ageing independent of its effect on diabetes control: A systematic review and meta-analysis”. Ageing Research Reviews
Fujita, Yoshihito; Inagaki, Nobuya (2017-01-01). “Metformin: New Preparations and Nonglycemic Benefits Current Diabetes Reports.
Jones G, Macklin J, Alexander W (2003). “Contraindications to the use of metformin”. BMJ.
Crowley, Matthew J.; Diamantidis, Clarissa J.; McDuffie, Jennifer R.; Cameron, C. Blake; Stanifer, John W.; Mock, Clare K.; Wang, Xianwei; Tang, Shuang; Nagi, Avishek; Kosinski, Andrzej S.; Williams, John W. (3 January 2017). “Clinical Outcomes of Metformin Use in Populations With Chronic Kidney Disease, Congestive Heart Failure, or Chronic Liver Disease: A Systematic Review”. Annals of Internal Medicine
Maruthur, NM; Tseng, E; Hutfless, S; Wilson, LM; Suarez-Cuervo, C; Berger, Z; Chu, Y; Iyoha, E; Segal, JB; Bolen, S (19 April 2016). “Diabetes Medications as Monotherapy or Metformin-Based Combination Therapy for Type 2 Diabetes: A Systematic Review and Meta-analysis”. Annals of Internal Medicine

Cendawan mekah

Sejak akhir-akhir ini, Cendawan Mekah atau Kombucha mendapat populariti dari masyarakat setempat lantaran dakwaan khasiatnya yang boleh menjadi penawar pelbagai penyakit. Ia mula dijual sebagai ‘air/ cendawan seribu khasiat’ yang mampu menyembuhkan penyakit dari demam sehinggalah diabetes, kanser dan darah tinggi.


APA SEBENARNYA CENDAWAN MEKAH?

Asal permulaan penggunaan kombucha sebagai minuman kesihatan tidak begitu diketahui (semestinya bukan dari Mekah dan Timur Tengah). Namun, ada catatan yang mengatakan ia telah diamalkan di Manchuria (200 BC) dan kemudiannya di Jepun, Rusia dan Timur Eropah.
Image result for kombucha
Kerana namanya, ia seringkali disalahanggap dengan minuman atau persediaan Jepun yang menggunakan kombu sebagai pemula. Kombu adalah sejenis alga marin (Saccharina japonica) yang banyak digunakan dalam kulinari Jepun.
Image result for kombu
Kelp Kombu
Kombucha, mud mud atau apa saja nama panggilan bagi minuman masam yang terhasil dari penapaian teh, gula dan air ini sebenarnya tiada kena mengena dengan cendawan, fungus atau seumpamanya. Proses penapaian ini dibantu oleh simbion yis dan bakteria yang terlihat seperti lapisan tebal (seperti getah atau ‘leathery’) di atas cecair masam berwarna perang kombucha.
Image result for kombucha tea benefits
Kombucha SCOBY
Kultur kombucha ini digelar SCOBY (symbiotic culture of bacteria and yeast) seperti yang terlihat dalam ‘ibu cuka’ (mother of vinegar). Kultur ini disalah ianggap sebagai fungus (tea fungus) dan digelar sebagai Medusomyces gisevii(Lindau, 1965), sebelum diketahui ia adalah terdiri dari beberapa jenis yis dan bakteria asid asetik (AAB) yang hidup bersama-sama.
Komposisi yis dan bakteria SCOBY dalam kombucha tidak dapat dipastikan secara tepat kerana dinamik bakteria dan yis ini bergantung pada pembuat, keadaan persediaan, jenis teh, jenis dan kandungan gula serta pemula kultur itu sendiri.
Image result for scoby
Genus yis yang dilaporkan terdapat dalam kombucha termasuk:
Saccharomyces, Saccharomycodes, Schizosaccharomyces, Zygosaccharomyces, Brettanomyces/Dekkera, Candida, Torulospora, Koleckera, Pichia, Mycotorula, dan Mycoderma. Biasanya yang ditemui adalah Saccharomyces cerevisiae(seperti dalam tapai, roti, pembuatan beer), Brettanomyces bruxellensis, Candida stellata, Schizosaccharomyces pombe, dan Zygosaccharomyces bailii.
Image result for saccharomyces cerevisiae
Yis, Saccharomyces cerevisiae
Terdapat pelbagai bakteria penghasil asid asetik ditemui dalam koloni SCOBY kombucha. Namun, Gluconacetobacter xylinus (G. xylinus, sebelumnya dikenali sebagai Acetobacter xylinum) adalah yang paling penting. Ini adalah kerana bakteria ini adalah antara bakteria yang mampu membina selulosa microbial (yang terlihat sebagai lapisan putih seperti getah tersebut). Selainnya, terdapat bakteria jenis Lactobacillus dan Acetobacter yang turut menghunikoloni SCOBY kombucha.


KOMPOSISI KOMBUCHA

Yis dalam kultur kombucha akan menukarkan sukrosa atau gula kepada alkohol.
Manakala, koloni bakteria akan menukarkan alkohol tersebut menjadi asid asetik dan pelbagai produk sampingan lain. Jadi, komposisi kombucha terdiri dari asid asetik dan pelbagai asid organik seperti asid glucuronic, gluconic, lactic, malic, citric, tartaric, folic, malonic, oxalic, succinic, pyruvic and usnic acids.
Image result for kombucha

Kombucha kaya dengan asid amino dan polifenol yang memberikan fungsi antioksidan. Ia juga kaya dengan vitamin B dan C.
Asid glucuronic dalam kombucha menjadi perhatian yang menarik kerana ia biasanya dihasikan dalam hati kita untuk memetabolismakan pelbagai xenobiotic, bahan toksik dan ubatan untuk memudahkan ia dikumuhkan dari tubuh. Kehadirannya dalam kombucha mungkin memberi kelebihan untuk tubuh kita mengkumuhkan pelbagai toksin dan sebagainya.
Image result for kombucha
Namun, ia mungkin mampu memberi kesan pada ubatan yang perlu diambil oleh sesetengah pesakit seperti pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi yang memerlukan keberkesanan ubatan mereka setiap hari.
Asid usnic yang dihasilkan oleh kultur kombucha secara signifikan pula adalah sejenis dibenzofuran yang mampu memberikan kesan toksik pada hati dan menyebabkan kegagalan hati.
Image result for kombucha
Kombucha yang dipasarkan secara komersil
Selain itu, komposisi alkohol dalam kombucha mampu mencapai amaun 0.5% hingga 1.2%. Ini menyebabkan ia tidak sesuai diambil oleh sesetengah orang yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes dan masalah hati. Ia juga mampu mengganggu metabolisma normal dalam organ hati.

KOMBUCHA DAN KESIHATAN

Terdapat banyak laporan mengenai potensi dan kebaikan kombucha terhadap kesihatan contohnya sebagai anti-diabetik, antimikrobial, antioksidan, anti-kanser dan ia dikatakan mampu menurunkan paras lipid (Chakravorty et al., 2016; Dufresne & Farnworth, 2000; Mo, Zhu, & Chen, 2008).
Namun, laporan-laporan (seperti contoh) hanya menunjukkan ia berkesan dalam model in vitro (sel) dan model haiwan sahaja. Setakat ini, tiada kajian keberkesanannya pada peringkat manusia secara klinikal yang bermutu dan dapat diiktiraf.
Image result for kombucha
Terdapat banyak laporan mengenai kesan sampingan pengambilan kombucha seperti masalah kegagalan hati dan jaundice (Gedela et al. 2016, Kovacevic et al. 2014, Ernst, 2003), kegagalan buah pinggang, masalah gastrointestin dan metabolik asidosis (SungHe et al. 2009, Smolinske, 2005), serta masalah kardiovaskular (Derk et al. 2004).
Terdapat juga beberapa laporan yang menunjukkan akibat buruk akibat kultur yang tercemar: Masalah jangkitan antraks (Sasjadi et al. 1998), keracunan plumbum (Phan et al. 1998)

KESIMPULAN

Pengambilan kombucha bukanlah ubat ajaib yang boleh menghapuskan segala masalah kesihatan anda.
Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, seperti gastrik, GERD, masalah kronik seperti darah tinggi dan diabetes atau mengambil ubat-ubatan berkaitan masalah kardiovaskular, bolehlah mengambilnya ambillah secara berpada-pada.
Image result for kombucha
Mintalah nasihat doktor yang merawat anda. Jika berlaku kesan sampingan seperti pening, muntah, sakit perut, berpeluh-peluh dan sebagainya – hentikan pengambilan serta-merta. Tiada istilah ‘healing crisis’. Ia adalah kesan sampingan pengambilan sesuatu yang tubuh anda tidak setuju dengannya.
Jaga kesihatan sebaiknya. Elak pengambilan suplemen yang tidak perlu!


RUJUKAN
  1. Lobo RO, Dias FO, Shenoy CK. Kombucha for healthy living: evaluation of antioxidant potential and bioactive compounds. International Food Research Journal. 2017 Jun 1;24(2).
  2. Armando SR, Schneider RA, Mann FM. Characterization of the Role of Phenolic Compounds in the Inhibition of α-Amylase by Kombucha Tea. The FASEB Journal. 2016 Apr 1;30(1 Supplement):1090-7.
  3. Jayabalan R, Malbaša RV, Lončar ES, Vitas JS, Sathishkumar M. A review on kombucha tea—microbiology, composition, fermentation, beneficial effects, toxicity, and tea fungus. Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety. 2014 Jul 1;13(4):538-50.
  4. Jayabalan R, Marimuthu S, Swaminathan K. Changes in content of organic acids and tea polyphenols during kombucha tea fermentation. Food Chemistry. 2007 Dec 31;102(1):392-8.
  5. Talebi M, Frink LA, Patil RA, Armstrong DW. Examination of the varied and changing ethanol content of commercial Kombucha products. Food Analytical Methods. 2017:1-6.
  6. Chakravorty S, Bhattacharya S, Chatzinotas A, Chakraborty W, Bhattacharya D, & Gachhui R. (2016). Kombucha tea fermentation: Microbial and biochemical dynamics. International Journal of Food Microbiology, 220, 63–72. doi:10.1016/j.ijfoodmicro.2015.12.015
  7. Dufresne C., & Farnworth E. (2000). Tea, Kombucha, and health – a review. Food Research International, 33, 409–421. doi:10.1016/S0963-9969(00)00067-3
  8. Mo H, Zhu Y, & Chen Z. (2008). Microbial fermented tea – a potential source of natural food preservatives. Trends in Food Science & Technology, 19, 124–130. doi:10.1016/j.tifs.2007.10.001
  9. Gedela M, Potu KC, Gali VL, Alyamany K, Jha LK. A case of hepatotoxicity related to kombucha tea consumption. SD Med. 2016 Jan 1;69:26-8.
  10. Kovacevic Z, Davidovic G, Vuckovic-Filipovic J, Janicijevic-Petrovic MA, Janicijevic K, Popovic A. A Toxic Hepatitis Caused the Kombucha Tea–Case Report. Macedonian Journal of Medical Sciences. 2014 Mar 1;7(1):128-31.
  11. Ernst E. Kombucha: a systematic review of the clinical evidence. Complementary Medicine Research. 2003;10(2):85-7.
  12. SungHee Kole A, Jones HD, Christensen R, Gladstein J. A case of Kombucha tea toxicity. Journal of intensive care medicine. 2009 May;24(3):205-7.
  13. Srinivasan R, Smolinske S, Greenbaum D. Probable gastrointestinal toxicity of kombucha tea. Journal of general internal medicine. 1997 Oct 1;12(10):643-5.
  14. Smolinske SC. Herbal product contamination and toxicity. Journal of Pharmacy Practice. 2005 Jun;18(3):188-208.
  15. Derk CT, Sandorfi N, Curtis MT. A case of anti-Jo1 myositis with pleural effusions and pericardial tamponade developing after exposure to a fermented Kombucha beverage. Clinical rheumatology. 2004 Aug 1;23(4):355-7.
  16. Sadjadi J. Cutaneous anthrax associated with the kombucha mushroom in Iran. Jama. 1998 Nov 11;280(18):1567-8.
  17. Phan TG, Estell J, Duggin G, Beer I, Smith D, Ferson MJ. Lead poisoning from drinking Kombucha tea brewed in a ceramic pot. Med J Aust. 1998 Dec 7;169(11-12):644-.

Thursday, July 27, 2017

Semak wang tak di tuntut..Duit Anda




INILAH LOKASI SETIAP NEGERI UNTUK DAPATKAN WANG TAK DITUNTUT (WTD)

Wang-Tak-Dituntut-Lokasi
Baru-baru ini viral di laman sosial mengenai Wang Tak Dituntut(WTD) yang mana seorang individu membuat posting bagaimana caranya mendapatkan balik wang miliknya yang tidak dituntut.
Ekoran daripada info yang disebarkan itu orang ramai mula berpusu-pusu menyerbu kaunter semakan Wang Tak Dituntut(WTD).
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Menara Maybank, Kuala Lumpur mula dihadiiri dengan orang ramai sehingga sesak ekoran kisah yang viral mengenai wang tak dituntut.
Sebelum ini ramai yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya ada sejumlah wang milik kita di dalam bank, firma insuran atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya. Wang yang tidak pernah diambil ini akan disimpan oleh Jabatan Akauntan Negara di bawah simpanan Wang Tak Dituntut. Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara. Cara membuat semakan adalah cukup mudah, hanya perlu serahkan MyKad di kaunter di mana-mana Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia. Untuk info, tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan.
Lokasi Setiap Negeri Untuk Semak Wang Tak Dituntut
Dibawah ini adalah lokasi setiap negeri bagi menyemak wang tak dituntut. Anda boleh lihat senarai di bawah.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Negeri Sembilan
Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my
Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 1-8, Kompleks Kementerian
Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia
 
Lobi Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar
Putrajaya
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah, 88400 Kota Kinabalu
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
Perlis, Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,
Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru,
Johor
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak.
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu.
Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu, Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,
Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,
Kedah
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor
Cara dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara
1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri.
2. Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.
3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).
Senarai semak dokumen diperlukan untuk isi Borang Permohonan Bayaran Balik WTD:Cara Semak Wang Tak Dituntut
5. Wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan telah diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.
6. Lepas dokumen dan borang lengkap diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan secara Bank In Terus ke akaun dalam masa 30 hari sahaja.
Contoh Borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD)
Selepas pegawai buat semakan, akan tertera jumlah wang tidak dituntut dalam sistem. Selepas itu borang permohonan bayaran balik WTD harus diisi oleh pemohon beserta dokumen sokongan. Selesai hantar semula borang tersebut ke Pejabat Jabatan Akauntan, duit baki tuntutan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 30 hari sahaja.semak online wang tak dituntut