Ipoh: Polis bandar raya ini
berusaha menjejaki kumpulan penjenayah biadab yang didakwa mempunyai
hobi aneh gemar membuang air besar di rumah mangsa selain meninggalkan
najis di ruang tamu kediaman diceroboh masuk.
Kumpulan penjenayah terbabit yang mendapat jolokan geng tahi
dipercayai mengamalkan ilmu hitam berdasarkan perbuatan itu yang pernah
dilakukan penjenayah warga asing bagi tujuan memukau penghuni kediaman.
Sumber polis berkata, penjenayah dikesan gemar memecah masuk
kediaman melalui pintu belakang sebelum menggeledah rumah mangsa bagi
mencari barang berharga terutama wang, barang kemas, komputer dan telefon bimbit.
Menurutnya, dalam kes terbaru, kumpulan penjenayah terbabit dikesan
memecah masuk rumah di Taman Aked, Menglembu, di sini, ketika
penghuninya keluar atas urusan perniagaan.
KEADAAN ruang tamu rumah mangsa yang digeledah suspek
No comments:
Post a Comment