Subhanallah, Keajaiban Antibiotik Pada Tanah
" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masji ) dan alat bersuci , " ( HR.Muslim (1) )
Jika kita mengambil
segenggam tanah, kebanyakan orang mungkin akan berfikiran tanah itu
mengandungi kuman-kuman penyakit. Namun tahukah anda dalam sebuah
kajian, para saintis mengatakan bahawa salah satu fungsi tanah dan
khususnya lagi tanah dari gunung berapi dapat menghapuskan kuman yang
bahaya. Oleh kerana itu, mereka kini menghasilkan antibiotik pembunuh
bakteria berbahaya yang diambil dari jenis tanah tertentu.
Seorang Doktor dari
Perancis, Line Brunet de Course mencari tanah hijau Perancis, yang boleh
digunakan sebagai antibiotik untuk rawatan di Invory Coast dan Kenya.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengganggap perkara tersebut sebagai
penemuan yang mengagumkan.
Selepas itu, Dr Linda
Williams juga mengesahkan tanah merupakat zat yang sangat bersih di mana
bahan-bahan tersebut mengawal aktiviti mikrob yang pada akhirnya boleh
melemahkan dan menghilangkannya.
Salah seorang ahli
biologi Dr . Haydel berkata "Sekarang kita harus mencari hubungan antara
ilmu bumi dan sel-sel hidup, setahun yang lalu saya hanya memandang
tanah sebagai bahan kotor, tapi sekarang sebaliknya menganggap tanah
sebagai bahan yang steril !"
Para penyelidik
mendapati beberapa jenis tanah di Afrika Selatan boleh menghasilkan
suatu jenis antibiotik yang boleh membunuh bakteria yang tidak boleh
dibunuh dengan antibiotik lain. Penemuan ini telah diterbitkan dalam
jurnal "New World" pada tahun 2006, kata penyelidik Jun Wang dari makmal
Merck Research di New Jersey yang mencari Penemuan ini "sekarang
peluang baru telah muncul, dalam rangka untuk menghasilkan antibiotik
dari tanah!"
Sifat tanah seperti yang disimpulkan oleh para ini seperti berikut :
1 . Bahan steril terbaik yang terdapat di dunia.
2 . Tanah dapat menghilangkan bakteria yang tidak dapat dihilangkan oleh bahan kimia.
3 . Tanah merupakan cara terbaik untuk membersihkan air.
4 . Tahan adalah bahan alami yang dimurnikan air.
5 . Ada lebih dari sepuluh ribu jenis tanah yang baru ditemui di Eropah.
6 . Pelbagai jenis pinggan dan periuk buatan cina yang paling terbaik dihasilkan dari tanah.
7 . Tanah adalah zat yang tidak tumbuh semula dengan berlalunya waktu.
8 . Ruang yang terdapat di antara butiran-butiran tanah bersaiz 50 % dari saiznya.
9 . Antibiotik yang kita gunakan untuk merawat penyakit sebahagian besar berasal dari mikroorganisma dalam tanah.
10 . Tanah merupakan bahan yang sangat baik untuk membersihkan liang-liang kulit.
Tapi sebagai kaum Muslim
hal tersebut bukanlah sesuatu yang ganjil, sebelum 14 abad tanah adalah
benda suci sebagaimana kita mengetahui hubungan langsung antara sel-sel
dan tanah, kerana kita meyakini manusia diciptakan dari tanah dan akan
kembali menjadi tanah.
Mungkin kita telah mengetahui mengapa islam menyuruh kita Bertayamum dengan debu tanah, Rasulullah Saw bersabda :
" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid) dan alat bersuci "
Serta rahsia di sebalik kewajipan bembersihkan bekas jilatan anjing dengan tanah dan Air.
Oleh kerana itu,
termasuk hikmah ilahiyah bahawa kita mendapati kanak-kanak kecil suka
bermain dengan tanah dan selalu cuba menggenggam tanah yang kelihatan
kotor itu. Allah swt memberi mereka naluri yang mengetahui bahawa tanah
adalah bahan yang pembersih yang mengungguli fungsi sabun daripada jenis
terbaik. Maka segala kebesaran bagi Allah swt yang mengajarkan manusia
apa yang ia tidak tahui.
Semua sabda yang
dituturkan oleh baginda Rasulullah Saw merupakan kebenaran yang berasal
dari Allah swt, tatkala berbagai penemuan-penemuan ilmu pengetahuan
moden turut menjustifikasikan dan membenarkan tutur kata dari Rasulullah
yang sama sekali belum diketahui dan terbayang dalam benak manusia
sebelumnya, disebabkan keterbatasan ilmu dan cara mutakhir.
Dan di antara keajaiban-keajaiban ilmiah yang telah Beliau sampaikan kepada Ummatnya, iaitu mengenai keistimewaan Tanah.
Nota kaki :
( 1 ) HR.Muslim dalam shohihnya
( 2 ) Mu ` jam Kamus Muhith , hal 815 , penerbit Darul ma ` rifah 2005
( 3 ) HR.Muslim , Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ' anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ' alaihi wa Sallam bersabda :
" Sucinya tempat air
seseorang diantara kamu jika dijilat anjing ialah dengan dicuci tujuh
kali, yang pertamanya dicampur dengan debu tanah. "
Referens :
1 - Yogesh Chander ,
Kuldip Kumar , Sagar M. Goyal and Satish C. Gupta , Antibacterial
Activity of Soil - Bound Antibiotics , American Society of Agronomy ,
Crop Science Society of America , and Soil Science Society of America ,
2005 .
2 - Could mud from a volcano kill 99 per cent of superbugs ? daily mail , 29th October 2007 .
3 - Superbugs slain by soil antibiotic , New Scientist magazine , 17 May 2006 .
4 - Peter Tompkins , Secrets of the Soil , Earthpulse Press , 1998 .
5 - European Soil Data Center .
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com
No comments:
Post a Comment