Pilihan orang tua
Kebanyakan generasi muda berasakan mereka punya kehendak yang harus
disempurnakan sendiri tanpa memerlukan campur tangan ibu bapa.
Topik yang menjadi sangat sensitif bagi orang muda apabila jodoh dicari orang tua mereka. Maklumlah emak atau ayah, kalau ada kenalan yang mempunyai anak teruna atau dara yang masih solo, pasti akan cuba dikenal kepada anak mereka.
Tak kira sama ada anak itu berkenan atau tidak, belakang kira.
Asalkan hujung tahun anak mereka naik pelamin dan seterusnya menimang
cucu secepat mungkin.
Pemilihan pasangan yang tepat adalah salah satu kebahagiaan yang dicari oleh golongan muda untuk menjadikan seseorang itu sebagai pasangan sehidup semati. Bagaimanapun tidak mudah untuk membuat keputusan berkaitan calon pilihan.
Namun ada juga umur baru genap angka dua puluh, sudah ‘gatal’ mendirikan rumah tangga. Macam sudah benar-benar bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Sudah pasti emak dan ayah menjadi rujukan.
Sukar rasanya untuk memenuhi kehendak keluarga. Tambahan pula sudah ada pilihan hati yang lain. Jangan nanti bila sudah mendirikan rumah tangga ada perkara atau kelakuan mereka yang tak senang di hati.
Ada ciri-ciri tertentu yang mereka mahukan daripada pasangan. Beranggapan kalau keluarga yang pilih mesti tidak memenuhi kriteria di hati.
Mak sudah suka
“Mak berkenan sangat dengan anak gadis, mak cik Milah itu, baru habis belajar di luar negara, kalau mak masuk meminang dia untuk kamu, mahu tak?”
Apa nak jawab sedangkan hati belum bersedia untuk berumahtangga.
Tambahan pula emak sudah berkenan dan hanya meminta persetujuan diri untuk memulakan langkah seterusnya. Kalau nampak cantik di mata, kebarangkalian untuk menerima itu mungkin ada, tetapi kalau sebaliknya, bagaimana?
Satu konflik juga akan timbul sekiranya calon pasangan yang dikategorikan sebagai kurang sesuai bagi emak hingga membuatkan berlakunya pertelingkahan kecil antara ibu dan anak. Masing-masing mempunyai pilihan sendiri.
Memang sukar apabila emak sudah campur tangan. Nak buat pilihan dan membelakangkan keluarga memang tidak sopan untuk seorang anak yang baik dan kelihatan seperti kurang beradab.
Kalau dulu emak yang membesar dan melahirkan kita dengan penuh kasih sayang tetapi bila soal pilih jodoh, kata ibu tak dipedulikan. Tetapi perlu ingat, dalam membina mahligai perkahwinan, memerlukan restu daripada ibu bapa. Ada benarnya, bukan?
Jika emak sudah katakan tidak, sudah tentu ada yang tidak kena. Namun sebagai anak, carilah punca dan penyebab emak tidak bersetuju.
Mungkin emak sudah ada pilihan lain yang belum dikhabarkan kepada anak. Jadi sebagai anak, cubalah untuk menerangkan kepada emak situasi sebenar yang berlaku seperti tempoh perkenalan anda dengan pasangan dan niat untuk berkahwin.
7 ciri memilih pasangan
1. Perwatakan kelakar
Lelaki yang dapat memberikan senyuman dan ketawa buat seorang perempuan adalah yang paling dicari. Wanita memang suka dengan lelaki yang pandai membuat lawak. Terasa keceriaan dan kegembiraan bila bersama.
2. Komitmen berpasangan
Lelaki yang betul mencintai seseorang wanita akan memberikan komitmen yang tinggi. Wanita mudah memberikan komitmen terhadap apa yang lelaki perlukan. Maka hidup akan mencapai kebahagiaan.
3. Suka dengan penampilan
Mereka bukan memuja untuk sekadar ambil hati tetapi memang memuji dengan penuh rasa kasih sayang dan keikhlasan. Lelaki jenis ini tidak ambil kisah dengan penampilan gadis yang disukai, semuanya nampak cantik di mata dan hati.
4. Tak kisah walaupun kurang sempurna
Ramai wanita beranggapan harus kelihatan sempurna di mata seorang lelaki. Namun kalau benar dia memang menyayangi seseorang wanita itu, kecantikan bukan kriteria utama. Mereka juga tidak meminta untuk anda makan makanan yang boleh menjadikan diri cantik.
5. Pemberi semangat
Mereka tidak pernah menghalang untuk anda meneruskan cita-cita atau impian yang selama ini anda simpan untuk suatu hari nanti. Walaupun mereka kurang gemar dengan keputusan yang anda buat tetapi dia tidak akan menghentikan keinginan dan kehendak itu semata-mata untuk memenuhi segala kehendaknya. Malah mereka akan menawarkan diri untuk menjemput anda pulang dari tempat kerja.
6. Orang di sekeliling menyukainya
Memang sangat penting untuk orang di sekeliling menyukai pasangan yang dipilih. Orang lain juga yang berdekatan boleh memberikan pandangan. Jika si dia benar-benar mencintai, pasti dirinya akan mengambil kisah untuk berbuat baik dengan orang sekeliling. Sahabat yang berdekatan lebih rasional dalam menilai keperibadian mereka, yang boleh membantu anda membuat keputusan.
7. Orang paling beruntung setiap hari
Dengan kehadirannya, anda akan berasa bahagia setiap hari, tidak kira si dia pilihan ibu bapa atau diri sendiri. Tidak salah rasanya anda memilih si dia untuk menjadi teman sehidup semati.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30 0 0 Google +0 0 0

No comments:
Post a Comment