‘Mangsa nahas’ kena 10 das
Oleh Azahar Hashim
Kulim: Seorang pemandu lori barangan terpakai maut selepas ditembak sekurang-kurangnya 10 das oleh dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Taman Kuchai Lama, dekat Lunas, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 8.45 malam, K Thangaraja, 31, pada mulanya disangka mati akibat terbabit kemalangan selepas dia ditemui berlumuran darah dalam kereta Perodua Alza miliknya yang terbabas ke longkang berhampiran persimpangan lampu isyarat.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Perak, di sini, menuju Lebuhraya Butterworth-Kulim (KBE).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, Balai Polis Lunas menerima aduan mengenai satu kemalangan jalan raya berlaku membabitkan sebuah kereta Perodua Alza berhampiran simpang tiga lampu isyarat Taman Kuchai.

ANGGOTA Unit Forensik Polis menjalankan siasatan terhadap mangsa.
“Polis yang bergegas ke lokasi melakukan pemeriksaan sebelum menemui seorang lelaki tersungkur di tempat duduk pemandu kenderaan itu dengan badannya berlumuran darah
No comments:
Post a Comment