Utama
ALOR SETAR
- Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir
tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun, sebaliknya akan
bertanding kerusi Dun Ayer Hitam.
KOTA BHARU
- Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding di kerusi Parlimen
Jeli dan Dun Air Lanas sekali gus mengesahkan spekulasi beliau akan
diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Barisan Nasional
menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
SHAH ALAM
- Barisan Nasional (BN) akan menurunkan wakil rakyat Bebas,
Datuk Zulkifli Nordin menentang Khalid Samad di kerusi Parlimen Shah
Alam.
BERIKUT calon PRU13 Barisan Nasional (BN) Selangor yang diumumkan hari ini.
BERIKUT calon Barisan Nasional negeri Pahang yang diumumkan hari ini.
SEREMBAN
- Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menampilkan 72 peratus
muka baru di peringkat Dun di mana Tan Sri Isa Samad akan bertanding di
kerusi Parlimen Jempol manakala Datuk Seri Rais Yatim pula digugurkan.
JOHOR BAHRU
- Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dicalonkan
Barisan Nasional bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah dan bakal
menentang penasihat DAP Lim Kit Siang pada pilihan raya umum ke-13, 5
Mei ini.
KUALA LUMPUR
- Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 13
kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan untuk pilihan raya umum ke-13 yang
diumum Pengerusi BN Wilayah Persekutan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat
Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
BERIKUT senarai calon BN Perak yang diumumkan hari ini.
KUALA LUMPUR
- Pas mengesahkan dua orang kuat Umno berstatus Tan Sri
bakal menyertai parti itu dalam masa terdekat.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua Tan Sri ini akan
menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua
hari selepas penamaan calon.
BERIKUT senarai penuh calon BN di Melaka:
KUALA LUMPUR
- Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin disahkan sebagai calon Barisan
Nasional bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum 5 Mei
ini.
SHAH ALAM
- Barisan Nasional (BN) Selangor mengumumkan 80 peratus calon
'muka baru' bagi mengambil alih semula negeri itu daripada kerajaan
pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Raja Nong Chik akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai.
MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan bertanding di Parlimen Bukit Katil.
WANGSA MAJU
- MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN)
sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan Datuk Yew
Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.
KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu tidak bertanding pada PRU13.
KUALA LUMPUR
- Dengan bahang Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hangat,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi meminta parti-parti politik
yang bertanding supaya berkempen secara sihat dan mematuhi undang-undang
pilihan raya.
BERIKUT senarai calon BN PRU13 Perlis yang diumumkan Pengerusi BN Negeri pagi ini
No comments:
Post a Comment