.
Bagi yang sudah lama mendeposit wang masing-masing untuk tujuan
menunaikan haji ke tanah suci Makkah, pastinya kini berkira-kira
menunggu simpanan masing-masing mencukupi di samping turut menyimpan
wang bagi perbelanjaan di sana pula.
Yang bekerja makan gaji, ada yang mendeposit dengan cara memotong gaji
bulanan, malah ada yang mengikat perut semata-mata tidak mahu menunggu
lama terutamanya yang sudah berusia lewat 40-an.
Manakala yang berniaga kecil-kecilan dan bersawah terpaksa membanting
tulang empat kerat setiap hari bagi mencukupkan wang simpanan
sekurang-kurangnya RM11 ribu seorang.
Bagaimanapun, matlamat sebenar Tabung Haji dari hanya menguruskan jemaah
haji setiap tahun kini nampaknya semakin lama semakin tersasar.
Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan
dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee
Ismail seperti yang tertera di atas.
Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti
kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu
menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja!
Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan!
Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700
ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji
mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai
kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut?
Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegitu
banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah
digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak?
Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli
parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme
yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai
sedemikian!
Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi
mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti
menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua
kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu
ditebus kembali.
No comments:
Post a Comment