Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Friday, October 12, 2012

Gaji minimum




Kilang-kilang mula membuang pekerja, menjelang pelaksanaan gaji minimum

October 12, 2012
Pengeluar di Malaysia mula menggugurkan pekerja disebabkan ketidakpastian ekonomi, serta menjelang permulaan gaji minimum, mengikut RHB Research Institute. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pengeluar di Malaysia menggugurkan pekerja disebabkan oleh ketidakpastian terhadap ekonomi global dan menjelang permulaan gaji minimum yang akan berlaku tahun depan, kata RHB Research Institute.
RHB berkata dalam satu laporan semalam bahawa sejajar dengan kelembapan dalam jualan, pengeluar memberhentikan 4,609 pekerja pada bulan Ogos berbanding dengan pengambilan 441 pekerja pada bulan Julai. Kadar pengangguran adalah 3.1 peratus pada Julai dengan dianggarkan dua juta pekerja asing bekerja di negara ini.
“Sejajar dengan kelembapan di jualan YoY (tahun ke tahun), pengeluar berhati-hati dan mereka memberhentikan beberapa pekerja pada bulan Ogos,” kata RHB. “Ini adalah kerana kelemahan dalam ekonomi global dan diburukkan lagi oleh pelaksanaan dasar gaji minimum yang akan bermula pada awal tahun 2013.”
Firma penyelidikan itu memberi amaran bahawa pengeluar boleh membuang lebih banyak pekerja jika keadaan ekonomi merosot sebagai peningkatan produktiviti yang diukur daripada jualan setiap pekerja — perlahan kepada 0.7 peratus pada bulan Ogos daripada 4.3 peratus pada Julai dan 5.8 peratus pada Jun.
Ia menjelaskan bahawa upah bagi setiap pekerja meningkat 4.6 peratus pada bulan Ogos berbanding dengan 3.2 peratus pada bulan Julai dan hanya satu peratus dalam bulan Jun.
RHB menambah walaubagaimanapun pelucutan faktor bermusim dan diukur asas 3 bulan purata bergerak, upah bagi setiap pekerja meningkat lebih rendah kepada 2.9 peratus tahun-ke-tahun pada bulan itu, daripada 4.3 peratus pada bulan Julai yang menunjukkan bahawa tekanan upah secara beransur-ansur hilang selepas meningkat dalam tempoh lima bulan pertama tahun tersebut.
“Bagaimanapun, trend tersebut boleh meningkat lagi, di belakang pelaksanaan dasar gaji minimum, yang akan berkuat kuasa dalam masa 6-12 bulan, bergantung kepada jenis industri, dari tarikh Order Gaji Minimum diwartakan pada 16 Julai,” kata RHB.
Pentadbiran Najib telah ditekan untuk memperkenalkan upah minimum dalam usaha untuk menaikkan gaji sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Penyokong gaji minimum mengatakan bahawa ia akan membuat perniagaan dan pengeluar lebih cekap dan membawa meningkatkan rantaian nilai dengan melabur dalam teknologi tinggi dan lebih banyak latihan kemahiran bukannya bergantung kepada buruh murah seperti pada masa lalu.
Pengkritik walaubagaimanapun berkata gaji perlu berdasarkan produktiviti pekerja dan cukup fleksibel untuk bertindak balas kepada keadaan pasaran atau selainnya ia boleh mengakibatkan kehilangan pekerjaan.
Output pembuatan merosot buat kali pertama sejak September 2009 sebanyak 1.8 peratus tahun-ke-tahun pada bulan Ogos, selepas meningkat kepada 6.0 peratus peratus pada bulan Julai.
Jualan pertumbuhan pembuatan perlahan kepada 1.8 peratus tahun-atas-tahun pada Ogos, selepas sederhana kepada 4.8 peratus pada bulan Julai, dan dibandingkan dengan 6.3 peratus pada Jun.
“Ini sejajar dengan kejatuhan dalam pengeluaran perkilangan dan eksport barangan perkilangan pada bulan tersebut, menunjukkan bahawa kelemahan tanpa henti dalam ekonomi Amerika Syarikat dan zon ekonomi Eropah mengurangkan permintaan untuk eksport barangan perkilangan negara,” kata RHB.
Pengeluaran perindustrian merosot sebanyak 0.7 peratus tahun-ke-tahun pada bulan Ogos, menandakan penurunan pertama dalam 13 bulan, berbanding dengan pertumbuhan 2.9 peratus pada Julai dan 3.7 peratus pada Jun.
RHB berkata bahawa penurunan mencerminkan kejatuhan dalam pengeluaran pembuatan serta penyederhanaan pertumbuhan dalam keluaran elektrik, tetapi diimbangi oleh pemulihan dalam pengeluaran perlombongan.
Ia berkata bahawa aktiviti perindustrian ang lemah pada Julai-Ogos mencadangkan bahawa aktiviti ekonomi akan berkembang pada kadar yang lebih sederhana dalam jangka terdekat disebabkan permintaan eksport luar lemah di tengah-tengah ketidaktentuan dalam ekonomi global.
RHB berkata bahawa ia menjangka KDNK sebenar untuk mengekalkan pertumbuhan pada kadar 4.6 peratus tahun-ke-tahun pada suku ketiga walaupun pada kadar lebih sederhana berbanding dengan 5.4 peratus pada suku kedua, disokong oleh pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan projek koridor serta perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan.
“Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan ketidaktentuan ekonomi global secara beransur-ansur pulih dari masa ke semasa,”kata RHB. “Ini mungkin akan membantu untuk meningkatkan eksport negara pada tahun 2013.”
Asian Development Bank (ADB) berkata minggu lepas bahawa ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih perlahan untuk sepanjang tahun disebabkan kepada keadaan ekonomi global yang lemah, setelah mencapai kadar pertumbuhan lebih tinggi daripada yang dijangkakan dalam separuh pertama 2012.
ADB mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus keseluruhan tahun ini bagi Malaysia dan 4.8 peratus bagi tahun depan dengan andaian bahawa perdagangan dunia dan pertumbuhan akan menjadi lebih baik


No comments:

Post a Comment