Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Friday, July 6, 2012

Uncle Seekers


Uncle Seekers "Berani Kerana Benar", Kata Bapanya Pak Habib..


Syed Hussein Al-Attas aka Pak Habib yang juga ayah kepada pengkaji aktiviti paranomal, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berkata, beliau serta seluruh ahli keluarga menerima berita mengenai penahanan anaknya itu dengan begitu tenang.

Meskipun pihak polis sehingga kini mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan tidak sedikit pun merasa bimbang.

Malah penulis buku politik terkenal ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur yang sewajarnya.

"Apa yang saya boleh katakan lagi? Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi memintanya mengulas mengenai isu terbabit

***** Macam macam*****Mana mana anda nak percaya****Hanya Allah yang Tahu>>

Uncle Seekers positif morfin


uncleseekers
July 06, 2012
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pengendali laman blog Uncle Seekers yang ditahan semalam di atas penyiaran artikel yang didakwa mengandungi unsur hasutan, provokasi, dan mengaibkan kerabat Diraja Johor di dalam blognya disahkan positif dadah jenis “Morphine” hari ini.
Beliau yang nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas juga merupakan pengamal aktiviti paranormal telah ditahan kira-kira jam 9.45 malam semalam di Tol Senawang, Negeri Sembilan dan telah di bawa ke Nusajaya, Johor.
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim dalam laman Twitter baginda juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
“Hari ini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor ingin memaklumkan perkembangan siasatan kes terhadap pengedali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) melalui laman blog.
“Pada 6/7/2012 jam 1.25 tengahari, ujian air kencing (urine test) telah dibuat ke atas suspek Syed Abdullah Bin Syed Husein (uncleseekers) di IPD Nusajaya, dan hasil ujian tersebut didapati positif ‘MORPHINE’. Laporan polis dibuat dan Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952,” kata baginda di laman Twitternya.
Baginda turut menambah, “Rupanya Drug Addict daaahh, patut lah tulis mengarut. Rupanya kaki steam.”
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt. Noor Hashim Mohamed yang dihubungi The Malaysian Insider, mengesahkan perkara itu.
“Tiada cadangan untuk menambah reman, kerana pihak polis masih mempunyai baki dua hari reman, daripada empat hari bermula semalam (Khamis),” kata Noor Hashim kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, tiada pengakuan dicatatkan daripada Uncle Seekers berhubung perkara itu.
Semalam, laporan media menyebut, Uncle Seekers telah ditahan bersama seorang perempuan yang dikenali Siti Nadhirah Mohd Zain berusia 26 tahun.
Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Mohd Akhir Ishak mengesahkan tangkapan itu.
“Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu, dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas beliau malam tadi (semalam) .
“Kedua-duanya ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkutan kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya pada pemberita di Johor Bharu, semalam.
Mohd Akhir berkata, jika disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh tahun.
Sebelum ini, memetik laporan media, lebih 30 laporan polis telah dibuat terhadap Uncle Seekers kerana menyiarkan artikel di laman blog miliknya, uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan mengaibkan Sultan, dan kerabat Diraja Johor.

**** Sebab di Tahan pada awal kerana ini....

Part 62 - Johor military (JMF) relevan atau tidak?
Part 63 - Rakyat johor anjing?
Part 64 - 
Part 65 - 
Part 66 - Kesimpulan - Tutup kedai

No comments:

Post a Comment