Gempaq!!! Babi Mengamuk Di Bandar Kuantan
KUANTAN, 6 Julai - Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat "Babi Hutan" tiba-tiba mengamuk di bandar ini tengahari semalam.
Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh
berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu
siang. Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota. Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata "Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor
babi hutan sedang melintasi jalan mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid
Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding
cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat
pelancungan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35
babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke
Masjid Negeri da masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi
menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan
terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar". Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini.
"Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan
Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang
Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)", kata beliau. "Selama
ini kita memang selalu menengar babi mengamuk di dalam kawasan
kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia
sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang
menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan
Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan
dan tidak pernah berlaku sebelum ini", kata seorang pemandu teksi yang ditemui di tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment