Gesa Gantung Ambiga Sampai Mati : BN Terdesak?
Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Ahli Parlimen popular daripada Umno terus mempopularkan dirinya sekali lagi apabila mencadangkan agar penganjur perhimpunan Bersih Datuk S.Ambiga digantung sampai mati.
Datuk Mohamad Aziz melontarkan cadangan bijak itu semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Walaupun Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor cuba menjelaskan bahawa kenyataan ahli Parlimen Sri Gading itu adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti komponen itu namun ia dilihat sebagai satu bentuk pemikiran kuno yang ada pada pemimpin Umno.
.
Lebih mengelirukan apabila beliau mengaitkan himpunan Bersih sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong.
No comments:
Post a Comment