Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Tuesday, April 21, 2015

Puasa Bulan Rejab ada Nas

Jawapan pada orang yang larang puasa Rejab

20 April 2015

Ini saya salinkan jawapan daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain. Mereka membahaskan masalah samada boleh atau dilarang puasa pada bulan Rejab.

Setelah membaca dari mula sampai habis ulasan yang amat panjang berjela-jela ini, maka saya mendapat satu kesimpulan.

Patutlah ramai orang yang majoritinya anak-anak muda dan mereka yang terpelajar, lebih condong untuk menjadikan salah satu pihak sebagai rujukan. Sebabnya adalah pihak itu lebih menggunakan ayat yang mudah, jelas dan padat serta ringkas.

Namakala sebelah pihak lagi pengikutnya adalah terhad kepada mereka yang dilahirkan dalam era 'Old School'. Mereka yang lahir dalam zaman itu sanggup bersusah payah cuba memahami ayat-ayat yang panjang ala-ala arab....

Sila baca tulisan di bawah untuk lebih pemahaman...

JAWAPAN TERHADAP KEMUSKILAN FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB

Disusun oleh:
Tuan Guru Abd. Raof Al Bahanjee, Al A'liyy.
Pondok Jalan Padang Ragut.
Seri Repah.
Tampin.
Negeri Sembilan.
Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab , terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rajab atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rajab dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rajab dengan beralasankan hadis- hadis yang mengisahkan fadilat puasa di bulan Rajab adalah dhaif dan maudhu’.

Maka mereka melarang atau sekurang-kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rajab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau juzu yang kedua, mukasurat 3, cetakkan Darul Kutub Ilmiah. Al Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke9 hijrah, kira-kira 4 ratus tahun dahulu.

Maka , persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira 4 ratus tahun dulu lagi. Tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai Ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa 3 tahun , cuba membongkar semula masalah ini , atas alasan Maudhu dan Dhaif hadisnya.

Maka tak sunat puasa di bulan Rejab?.


Apakah maksud sebenar beliau ini ?, Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif hadisnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rajab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rajab , maka sudah termasuk kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin.

Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadilat berpuasa dibulan Rajab, beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebar –luas fahaman songsang tersebut.

Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami mengulas:

“Terdapat seorang Ahli Fekah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rajab adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya.

Maka jika dia tidak rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim Makamah Syariah melarangnya / menegahnya daripada menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang jahil tersebut bersama-sama mereka yang seperti nya dengan hukuman Takzir yang sungguh- sungguh, yang memberi faedah tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan Rejab.

Seolah- olahnya Faqih (ahli fekah ) yang jahil tersebut terpedaya dengan satu hadis yang diriwayatkan yang menyatakan:

“Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula daripada haul/ pusingan daripada satu haul kepada satu haul bagi sesiapa yang berpuasa Rajab”.

Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui bahawasanya hadis yang termaklum itu adalah batil, dusta yang tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut oleh Syekh Abu Omar bin Sollah (Ibnu Solah) dan menegah engkau dari (meriwayatkannya) , kerana memeliharakan sunnah, dan memeliharakan kebesaran ilmu.

Beliau berfatwa berbetulan dengan fatwa Izzudin bin Abdis Salam, yang mana sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli Hadis terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rajab dan membesarkan bulannya al Haram , maka adakah sah nazar berpuasa pada keseluruhan bulan Rajab?. 

Izzudin Abdis Salam menjawab “ Nazar puasanya sah, beliau tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa . Mereka yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil terhadap tempat ambilan ( Istinbat hukum- hukum syarak).

Maka bertapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun (mentadwinkan) hukum –hukum syariah, tidak pernah ada dikalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah S.W.T kerana berdasarkan beberapa hadis yang sohih yang menyungguh- nyungguh mendorong berpuasa seperti mana sabda Nabi S.A.W, berfirman Allah Taala

“ Tiap –tiap anak Adam adalah baginya ( yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa.

Dan sabda Nabi S.A.W

“ Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada Bau Kasturi”.

Dan lagi sabda Nabi S.A.W : “ Sesungguhnya seafdal- afdal puasa ialah puasa saudaraku Daud A.S . Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari”.

Adalah Nabi Daud A.S berpuasa dengan cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan- bulan yang selain daripada bulan rejab dan tanpa mengaitkan selain daripada membesarkan bulan Rajab lain dari apa yang berlaku disisi puak Jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rejab.

Maka Daud A.S dengan sebab berpuasanya bukanlah pula mengikut Jahiliyah . Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan jahiliyah ditegah melakukannya , melainkan apabila terdapat Tegahan Syariat padanya , atau terdapat dalil-dalil Kaedah syariat yang menegahnya.

Dan tidak pula ditinggalkan perkara yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.

(Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rejab) tersebut adalah seorang yang Jahil yang terserlah kejahilannya. Tidak halal (yakni Haram lah ) seseorang Islam mengikuti agama orang tersebut.

Kerana tidak harus bertaqlid (mengikut) agama orang tersebut disebabkan , seseorang Islam tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada mereka yang telah Masyhur memahami , mengetahui dan mengertinya terhadap segala hukum Allah s.w.t dan memahami, mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum yaitu dalil-dalil hukum.

Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada Ahli fekah tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui berkenaan agama Allah s.w.t. Maka janganlah diikut pada fatwa dan pendapatnya.

Sesiapa sahaja yang mengikutinya , nescaya terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”. Tammat fatwa Izzuddin Abdis Salam.

Seterusnya Ibnu Solah telah menjelaskan maksud Fatwa Izzuddin Abdis Salam dalam kitab Fatawa Kubro tersebut di muka surat yang sama.

“Dan telah mengisyaratkan oleh Izzuddin Abdis salam bahawa memadai pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan apa yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadis yang menunjukkan atas Fadhilat/Kelebihan puasa Yang Mutlak (yakni yang umum, yang menyeluruh) dan Yang Khusus kelebihannya pada BULAN-BULAN HARAM.

Yaitu seperti hadis Abi Daud dan Ibnu Majah dan hadis riwayat selain mereka, daripada Al Bahili:

Aku datang kepada Rasulullah s.a.w maka aku bertanya:
Wahai Rasulullah Saya adalah seorang lelaki yang datang bertemu Tuan pada tahun yang pertama.

Baginda bersabda :
Mengapa Ku lihat tubuhmu kurus kering?.

Jawab Al Bahili:
Ya Rasulullah , tidak ada benda yang Saya makan disiang hari yang Saya makan melainkan (dimakan ) pada malam sahaja.

Bertanya Nabi s.a.w :
Siapa pula yang menyuruh engkau mendera dirimu?.

Aku menjawab:
Wahai Rasulullah , sesungguhnya Saya kuat (berpuasa).

Bersabda Nabi s.a.w:
Berpuasalah dibulan sabar , dan tiga hari selepasnya dan berpuasalah dibulan-bulan Haram”.

Pada satu riwayat lain " Berpuasalah dibulan sabar dan sehari pada tiap-tiap bulan.

Berkata Al Bahili:
Tambahi lagi sesungguhnya mempunyai kekuatan.

Bersabda Nabi s.a.w:
Berpuasalah dua hari .

Berkata Al Bahili :
Tambahilah lagi maka sesungguhnya daku mempunyai kekuatan .

Bersabda Nabi s.a.w :
Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah diBULAN HARAM dan tingallkanlah , puasalah dibulan Hazam dan tinggalkanlah . Bersabda Rasululah s.a.w sambil menghimpunkan jari-jari nya yang tiga kemudian melepaskannya”.

Para Ulamak telah mengulas bahawa Nabi s.a.w menyuruh Al Bahili berhenti berpuasa (beberapa ketika) kerana mendapati kesusahan nya untuk membanyakkan puasa seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal hadis pertama, dan sesiapa yang tidak kepayahan (yakni mampu) , maka berpuasa keseluruhan adalah satu Fadhilat/ kelebihan.

Perhatikanlah:
Perintah Nabi s.a.w dengan berpuasa diBULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang pertama dan Perintah Nabi s.a.w berpuasa dalam sebahagian dari BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang kedua nescaya engkau akan dapati NAS PERINTAH BERPUASA REJAB atau BERPUASA SEBAHAGIAN DARINYA KERANA REJAB ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BULAN-BULAN HARAM bahkan ia adalah yang paling Afdhal dari semua bulan-bulan haram.

Maka perkataan Orang Jahil tersebut
" Bahawa Hadis-hadis berpuasa diBulan Rejab adalah Maudhu’,
jika dia memaksudkannya menyeluruh pada segala hadis-hadis yang menunjjuk kepada berpuasa Rejab menurut umumnya hadis dan khususnya , itu sebenarnya adalah satu pendustaan dan pembohongan pula dari si Jahil tersebut.

Hendaklah dia bertaubat (dari fahamannya dan meyebar-luaskan fatwanya kepada orang ramai) kalau tidak mau juga, diTakzir lah atasnya dengan Takzir yang sungguh-sungguh oleh pemerintah (lantaran fahaman songsangnya).

Disatu sudut memang betul juga terdapatnya banyak hadis-hadis yang maudhu ,yang dusta berkenaan Puasa Rejab walhal Para Imam kita tidak langsung berpegang dengan hadis-hadis maudhu’ tersebut sebagai dalil Sunat Puasa Rejab.

Jauhlah mereka nak bertindak sebegitu. Sebenarnya Hanya lah mereka berdalilkan sepertimana yang telah Saya nyatakan dan terdapat lagi hadis-hadis dan dalil-dalil yang lain.

Sebahagiannya sepertimana terdapatnya hadis-hadis yang popular misalnya hadis yang :

1) Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas , beliau telah memarfu’kannya : ) .

 إن في الجنة نهرًا يُقال له رجب، ماؤه أشدُّ بياضًا من اللبن وأحلَى من العسل، مَن صام يومًا من رجب سَقاه اللهُ من ذلك النّهر

"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu".

(2) Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya beliau memarfu’kannya:

 مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات ومن زاد زاده الله . ٍ

Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun , dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka Jahannam , dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang berpuasa 15 hari , menyerulah penyeru dari langit “ Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru , dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah”.

Kemudian Al Baihaqi telah menaqalkan daripada Gurunya Al Hakim bahawa hadis yang pertama diatas adalah statusnya Mauquf atas Abi Qilabah seorang Tabi’in.

Orang yang seperti beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada Seseorang (yaitu Para Sahabat) yang perkataannya diambil pula daripada Tuan yang menerima Wahyu ( yaitu Rasulullah s.a.w).

Mengenai Hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah pula “ Bahawa Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rejab dan Sya’ban “.

Beliau berkata Isnad hadis tersebut Dhaif .

Tammat komentar Ibnu Solah.

Syekh Al Allamah Ibnu Hajar menjelaskan pula fungsi hadis-hadis Dhaif yang berkisar dalam masalah Puasa Rejab ini.

Beliau menulis di muka surat 5.

“ Sesungguhnya Para Ulamak telak menetapkan bahawa hadis-hadis Dhaif , Mursal , Munqothi’ , Mu’dhal dan Mauquf diamalkan dengannya pada Fadho ilil A’mal atas dasar IJMAK .

Maka tidak syak lagi bahawa berpuasa Rejab adalah sebahagian daripada Fadho ilil A’mal . Memadailah padanya dengan hanya berdalilkan hadis-hadis Dhaif dan yang sepertinya, tiadalah diingkari demikian itu melainkan orang-orang yang JAHIL YANG TERPEDAYA”.

Tammat. 

Walaubagaimana sekalipun selain daripada kenyataan Al Allamah Ibnu Hajar mengenai memadai untuk beramal Puasa di bulan Rejab dengan beriktibar kepada hadis-hadis yang tersebut sekalipun ada yang dhaif, beliau juga menjelaskan lagi mengenai terdapatnya Hadis-hadis yang bertaraf Sahih sebagai pegangan Para Ulamak yang memfatwakan Puasa Rejab adalah SUNAT.

Kita lihat dimuka surat 22 beliau menulis :

“Bahawa yang sebenar adalah perkataan dari orang yang berkata : Sunat berpuasa hari Isnin dan Khamis , Rejab dan baki hari-hari di Bulan Haram .

Sesiapa yang berkata sebaliknya ,yaitu “Tidak sunat” dan menegah manusia (dari mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa , maka orang tersebut salah dan berdosa.

Kerana penghujung kedudukan orang tersebut sebenarnya adalah bertaraf seorang Awam

{Ulasan : Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yg cuba-cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.}

Dimuka surat 23 beliau menyebut lagi:

“Sepertimana satu hadis yang telah mesahihkannya oleh Ibnu Khuzaimah daripada Usamah, “Saya berkata ( Wahai Rasululah , Saya tidak pernah melihat Tuan berpuasa sepanjang bulan daripada seluruh bulan sepertimana Tuan berpuasa Bulan Sya’ban?. Baginda s.a.w menjawab : Demikian itu adalah satu bulan yang lalai manusia daripadanya yang berada antara Rejab dan Ramadhan . Maka bulan Sya’ban adalah satu bulan yang diangkat didalamnya semua amal kehadrat Rabbil a’lamin. Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa )”.

Maka mengisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w tatkala melengkungi oleh dua bulan yang Agung yaitu Bulan Rajab dan Ramadhan ,yang mana maknusia berlumba-lumba sibuk ( berpuasa dan beribadat ) dalam kedua kedua bulan tersebut, lantas terlupa bulan Sya’ban. Kerana yang demikian , kebanyakan ulamak berpendapat Puasa di Bulan Rejab terlebih afdhal dari Bulan Sya’ban.

Tammat.

Agaknya siapakah manusia yang sibuk berpuasa di bulan Ramadhan dan Rejab tersebut?. Iaitu Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat , sudah termaklum mereka adalah sebahagian daripada makna manusia dari lafaz hadis tersebut dan hadis ini juga menjadi dalil kesunatan berpuasa rejab sebab lafaz “Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa ” adalah sabda Baginda s.a.w sendiri .Mengatakan Nabi tidak pernah berpuasa dibulan rejab dan tidak sunnah berpuasa dibulan rejab adalah satu pendustaan juga terhadap Nabi s.a.w. Telah maklum hadis riwayat Imam Ibnu khuzaimah tersebut adalah hadis sahih.

Seterusnya beliau menambah :

Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi s.a.w memandubkan berpuasa di BULAN-BULAN HARAM . Pada hal Rajab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram. Riwayat dari Abi Daud dan lainnya dari Urwah ,Bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar “ Adakah Rasululah s.a.w berpuasa dibulan Rejab?. Beliau menjawab: Ya dan Baginda melebihkannya . Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali”.

Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan “Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah Mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rajab”.
Imam Al Baihaqi mengulas “ Abu Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata mengenainya melainkan diambilnya dari seorang Penyampai (Sahabat).

Maka sabit lah Sunat berpuasa di Bulan Rajab , bukan Makruh. Sesungguhnya pendapat yang mengatakan Makruh adalah Fasid bahkan Salah sebagaimana yang telah engkau ketahui Kelebihan/Fadhilat puasa Sya’ban , padahal puasa Rajab terlebih afdhal darinya.
Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan ialah Bulan Muharam , kemudian baki-baki bulan Haram , akhirnya barulah Sya’ban.

Tammat.

Ulasan:

Sebahagian manusia mengatakan Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa Rejab. Tidak ada Nas berpuasa Rejab. Lantaran itu Haram puasa Rejab atau makruh. Kalau berkepercayaan Nabi ada berpuasa di bulan Rejab maka Haram sebab dusta kepada Nabi s.a.w. Kalau nak buat juga tapi mengkhususkan niat Puasa Bulan Rejab maka makruh sebab tak ada dalil hadis yang terang. 

Sebenarnya semua kenyataan tersebut salah dan kalau menafikan Nabi pernah berpuasa Rejab dengan sebab tidak kerana kejahilannya , maka hendaklah bertaubat. Kalau sengaja-sengaja buat dusta dan kacau bilau , maka pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan.

Cuba lihat ini , satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim , satu lagi hadis yang mana tidak disangsikan lagi kesahihan nya. Yang sangsi adalah mereka yang diadalam hati berpenyakit. Seperti yang sudah ditimpa kepada Puak yang anti Ulamak , anti Ahli Sunnah dan anti Mazhab . Barang di jauhkan Allah adanya.

Usman bin Hakam Al Ansori berkata: Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan Puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di Bulan Rejab. Beliau (Sa’id ) menjawab : Saya telah mendengar Ibnu Abbas Radiallahu an’hu berkata: Adalah Rasulullah s.a.w Berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berbuka (tidak berhenti puasa) , dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berpuasa “. Riwayat Muslim.

Terang dalam hadis ini menunjjukan Nabi s.a.w berpuasa Rejab. Mengatakannya Nabi tak pernah buat adalah dusta.

Kalau mereka berkata : Aaah itu hadis yang menunjjukan harus puasa dibulan Rejab bukan Sunat!!!. Memang dibolehkan jika berpuasa tanpa mengaitkan bulan Rejab . Sebab dalilnya Hanya bersandarkan dalil yang umum hadis Sahih riwayat Muslim tersebut:

Jawab: Lihatlah mereka cuba pusing-pusing. Mula –mula kata tak sunat Puasa Rejab sebab tak ada dalil Nabi Puasa. Kemudian berdalih pula mengatakan hadis Muslim tersebut menunjjukkan hanya Harus bukan sunat.

Lihatlah Syarahan Hadis tersebut dalam Kitab Syarah Muslim 8 ms 38-39 , cetakan Daarul Syaqafah:

Bab; “ Berpuasa Nabi s.a.w dibulan yang selain bulan Ramadhan”.

Maksudnya “ Yang Zohir , bahawa maksud Sa’id bin Jubair dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadis ini bahawa puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan hadis ini untuk ain /diri puasa Rejab. Bahkan tetapi bagi puasa Rejab sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan (yakni dengan hukum Puasa dibulan-bulan haram ). Tidak sabit pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak tidak sabit nadab (sunat ) bagi diri Rejab , tetapi Asal hukum berpuasa Rejab , adalah disunatkan . Didalam Sunan Abi Daud Bahawa Rasulullah s.a.w mensunatkan berpuasa dibulan-bulan Haram. Padahal Rejab adalah salah-satu dari Bulan-bulan Haram. Wallahu a’lam”. Tammat.

Maksud sebenar Imam Nawawi dalam Syarah Muslim tersebut, hanya sahaja dalil Kesunatan Rejab tidak berdalilkan dengan ain/diri hadis tersebut. Bukan menafikan “Kesunatan Berpuasa dibulan Rejab”. Perhatikan baik-baik .

Memang , berdasarkan hadis tersebut kita memahamkan :

Nabi s.a.w pernah berpuasa di Bulan Rejab. Menafikannya sebagai tidak pernah berpuasa dibulan Rejab dan tiada sunnahnya berpuasa dibulan Rejab , adalah satu pembohongan yang mentah-mentah mesti ditolak oleh mereka yang mengerti. 

Hadis tersebut dilalahnya menunjjukan Harus berpuasa di Bulan Rejab. Bukan Sunat ,bukan juga Makruh, barang dijauhi Haramnya.

Sekalipun hadis tersebut tidak menjadi ain/diri dalil kesunatan berpuasa Rejab , tetapi berpuasa di bulan Rejab tetaplah juga Hukum nya sunat berdasarkan Hadis-hadis Sahih mesabitkan Puasa Di bulan Haram. Misalnya hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah tersebut dan Imam Abu Daud juga telah meriwayatkan “Seafdhal-afdhal puasa adalah Puasa dibulan-bulan Haram”.

Sebagai penjelasan , Imam Nawawi menyebut “Ashlu Saum mandubun ilaih”. Maksudnya asal hukum berpuasa adalah mandub yaitu di Sunatkan. Ditahkikkan dengan kenyataan “ Bulan Rajab adalah salah satu daripada Tadhamun makna ‘Asyh harul Haram” . Tidak ada satu hadis samada yang bertahap Sahih maupun Hasan yang boleh dijadikan dalil Pentakhisan untuk Hadis “Asyharul Haram” yang umum maknanya. Bahkan hadis tersebut akan menunjjukan Rajab adalah sebahagian Afradnya. Hadis yang khusus berkenaan Puasa Sya’ban dan Bulan Muharam tidak pula sah dan boleh dipakai sebagai pentakhsisan hadis “Asyhurul Haram” sehingga melibatkan Puasa di Bulan Rajab. Sebab Muharram , Sya’ban dan Rajab adalah ain atau diri atau masa yang berlain-lainan. Sya’ban bukan bulan Haram . Sya’ban mempunyai dalil yang tersendiri. Sedangkan Muharram dan Rejab adalah afrad “Bulan Haram”. Hadis khusus berkenaan fadhilat Muharram tidak akan melibatkan Rejab . Maka Bulan Rejab tepat diatas ASAL HUKUM nya yaitu SUNAT sebagaimana yang dicatit oleh Imam Nawawi tersebut “Ashlul Saumi Mandhubun ilaih”.

Ini juga difahamkan tentulah berlaku perbezaan Bulan Rajab dengan bulan-bulan selain dari bulan Haram misalnya bulan safar. Bulan Safar tidak termasuk Bulan-bulan Haram. Bulan Rejab Sunat berpuasa, berdalilkan hadis-hadis yang telah lalu . Sementara bulan Safar pula misalnya tidak disunat kan berpuasa sebab tak ada dalilnya. Lantaran itu jika ada orang yang berkata “Tak ada langsung bezanya Bulan Rejab dengan bulan-bulan yang lain , sebab semua hadis-hadisnya adalah maudhu’ dan Dhaif. Tak ada fadhilat , tak ada pahala kalau puasa , tak ada ketentuan berpuasa di bulan Rejab dengan berniat umpamanya : Saja aku puasa esok , bulan Rejab…. ” maka satu lagi bohong telah timbul. Sebab memang terdapat perbezaan antara bulan Rejab dengan selain bulan-bulan Haram misalnya Safar tersebut , menunjjukan ada Fadhilat atau kelebihan Bulan Rejab . Maka diulangi lagi , “Adalah Mereka yang menafikan secara muthlak Fadhilat Bulat Rejab adalah kesalahan yang mesti ditangani oleh pemerintah, lantaran nakal yang menjejaskan kepentingan awam”.

5 ) Maka sebenarnya hendaklah difahami , bahawa Imam Nawawi hanyalah menyatakan Hadis Muslim tersebut tidak menjadi ain dalil Berpuasa Rejab sahaja. Bukan Berpuasa Rejab tidak ada dalilnya.

Kedua-duanya adalah berbeza.

Ada lagi seorang hamba Allah mengatakan , tak betul huraian awak ini sebab Imam Nawawi tidak berkata Khusus berpuasa di bulan Rejab , sehingga boleh ditentukan Niat berpuasa Rejab secara khusus?.

Jawab: Kenapa Imam Nawawi mengatakan Ashlu Sawumi Mandubun ilaih?. Cuba pulak awak cernakan?.

Sila lihat pula Majmuk juzuk 6 ms 386: “Sebahagian dari puasa yang disunatkan , ialah Puasa dibulan-bulan Haram, Yaitu Zul Qa’dah , Zul Hujjah, Muharram dan REJAB”. Tammat.

Disini menunjjukkan Sunat Puasa Rejab dan adanya pengkhususan Puasa Rejab serta niat-niatnya.

Oleh yang demikian , setiap Muslim semestinya faham untuk membezakan diantara terdapatnya hadis-hadis maudhu’ dan dhaif yang menghikayatkan kelebihan berpuasa dibulan Rejab dengan ketiadaan dalil kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Kedua-duanya perkara tersebut sebenarnya adalah perkara yang berlain-lainan.

Jangan terkeliru dan terpedaya dengan oceh-ocehan mereka yang tidak bertanggung jawab, yang mungkin kononnya terlalu asyik menjaga masyarakat agar tidak berpegang dengan hadis-hadis yang dusta terhadap Rasulullah s.a.w. Langsung terlajak menolak terus Sunat berpuasa dibulan Rejab. Sebenarnya method mereka sama saja bila berhadapan dengan sebarang isu agama khususnya hukum-hukum agama yang telah maklum diketahui orang ramai. Mereka biasanya mencari-cari ruang yang boleh sedapat mungkin untuk dikritik habis-habisan fatwa-fatwa Ulamak Muktabar, mengikut kaedah mereka yang kebanyakannya adalah mengelirukan. Menghigh-lightkan cogan “Penilaian Semula fatwa-fatwa ulamak, jangan ikut saja buta tuli”, padahal dalam kebanyakan hal merekalah yang terlebih buta, terutama dalam konteks memahami ibarat-ibarat dan maksud kata-kata dari Para Ulamak. Wassalam .

Mengenai hadis –hadis yang selalu dipertikaikan oleh kebanyakan orang, dan dikatakan telah digunakan sebagai dalil puasa rejab oleh mazhab, boleh lah kita melihat komen dari Sheikh Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatawa kubro beliau. Muka surat 46 juzuk 2 cetakan daarul kutob ilmiyyah:

و سئل نفع الله به عن حديث أن فى الجنة نهرا يقال له رجب ماؤه أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر , وحديث : من صام يوما كل شهر الخميس والجمعة والسبت كتب له غبادة سبعمائة سنة و حديث مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات . هل هى موضوعة أم لا؟. فأجاب بقوله : ليست موضوعة بل ضعيفة , فتجوز رواتها والعمل بها فالفضائل. قال الحافظ ابن حجر : فى الأول ليس فى اسناده من ينظر فى حاله سوى منصور الأسدى , وقد روى عنه جماعة لكن لم أر فيه تعديلا , و قد ذكره الذهبى وضعفه بهذا الحديث وقال فى الثانى له طرق بلفظ عبادة ستين سنة وهو أشبه ومخرجه أحسن و اسناده أشد من الضعف قريب من الحسن والثالث له طرق وشواهد ضعيفة يرتقى عن كونه موضوعا , والله أعلم .

Syukran Tuan Guru Abdul Raof Bin Nurin

No comments:

Post a Comment