Isu PTPTN: Beban rakyat, perlu kaji semula
SHAH ALAM - Setelah pembangkang menyuarakan hasrat menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan sekali lagi didakwa menambah bebanan rakyat melalui pelaksanaan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam ingkar.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut akan membebankan golongan muda sekaligus memberi impak yang tidak baik kepada generasi penyumbang kepada ekonomi negara itu.
Menurutnya, kerajaan perlu mengkaji semula perkara tersebut supaya tidak memberi tekanan kepada rakyat.
"Sedang kita berjuang untuk menghapuskan PTPTN, sekarang kerajaan pula hendak menambah beban kepada rakyat.
"Kita bangkang, perkara ini tidak wajar dan perlu dikaji semula," katanya kepada Sinar Harian Online.
Sebelum ini media melaporkan, PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.
Katanya lagi, menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.
Mengulas perkara sama, Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, tindakan kerajaan itu akan "menggelapkan" masa depan golongan muda.
Katanya, kerajaan perlu bertindak sebagai penyelamat kepada golongan yang tersepit ini untuk menunjukkan jalan keluar daripada masalah itu.
"Generasi muda perlu dipandu, dibimbing serta diberi peluang untuk meneruskan kehidupan mereka dan kaedah terbaik membayar PTPTN secara ansuran yang mengikut kadar kemampuan mereka," katanya.

No comments:
Post a Comment