Tayar bongkar tragedi
ANGKAT... Proton Persona dinaiki Tan yang terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, anggota terbabit yang melakukan rondaan rutin mulanya menyangka ‘sampah’ itu kemungkinan dibuang pengguna jambatan.
Anggota berkenaan memberhentikan kenderaan untuk mengambil ‘sampah’ itu kerana mahu mengelak sebarang kemalangan yang mungkin berlaku jika dibiarkan di tengah jambatan.
Bagaimanapun, anggota terbabit terkejut apabila mendapati objek disangka sampah itu sebenarnya tayar kereta sebelum dia terlihat kesan serpihan kaca bertaburan atas jambatan.
Anggota polis berkenaan memaklumkan kepada beberapa rakan setugas sebelum mereka terkejut apabila mendapati tiang lampu turut patah dan terjatuh dengan keadaan tergantung dan menjunam ke dalam laut
No comments:
Post a Comment