Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Wednesday, April 29, 2009

BAB-1 Pengenalan

1. Membentuk Budaya Keselamatan pekerjaan melalui promosi dan penghargaan dan ancaman dari pemberian insentif.
1.1 Pengenalan:
Keselamatan ditempat kerja merupakan tanggung jawab syarikat untuk disempurnakan mengikut peruntukan undang undang dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Untuk menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap pekerja dari sebarang risiko.
§ Untuk melindungi orang-orang lain terhadap risiko.
§ Untuk mengalakkan persekitaran kerja yang sesuai dan selamat.
§ Untuk menyediakan peraturan-peraturan yang berkaitan.
Objectif:
Untuk menyatakan bahawa segala bentuk kearah pembaikan tahap keselamatan didalam sesebuah organasasi mestilah dibentuk menjadi satu bentuk yang hakiki.
Sebarang bentuk pembalasan hasilan dari kerja keras di bina dari awal akan menjadi suatu kehancuran dan kegagalan disebabkan pemberian insentif
.
Kajian akan menunjukan bagaimana sesuatu bentuk tahap keselamatan didalam pekerjaan dapat dicapai.
Kajian utama akan menerapkan bagaimana sesuatu kerajayaan didalam keselamatam pekerjaan itu tidaklah tepat disebabkan insentif.



1.11 Kewajipan Am Majikan
§ Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja.
§ Memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang lain yang mungkin terdedah kepada risiko semasa aktiviti kerja dijalankan.
§ Membuat persediaan bagi menjamin keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.
§ Mengadakan dan menyelenggara loji, operasi dan sistem kerja yang selamat.
§ Menyediakan maklumat, arahan, latihan, penyeliaan sebagaimana perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja.
§ Menyedia dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat dengan kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi.
§ Mengadakan dan menyelenggara tempat masuk dan keluar dengan selamat.
§ Menyediakan polisi am secara bertulis berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.
§ Memberitahu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang berhampiran setiap kemalangan, kejadian yang merbahaya, penyakit atau keracunan pekerjaan yang telah berlaku atau boleh berlaku di tempat kerja.
§ Untuk melaksanakan kod amalan kerja industri sepertimana yang diwartakan untuk semua industri yang berkaitan.


1.2 Insentif dan Promosi
Insentif ialah memberikan sesuatu imbuhan apabila sesuatu sasaran yang telah ditetapkan tercapai.
Apa itu insentif?
· “Insentif program bukanlah pencapai yang terjadi secara automatik. . . Kadang kadang ianya akan menjadi suatu masaalah (backfire) dan ianya menjadi counterproductive bilanya ia tidak begerak seperti yang kehendaki” (Ron Zemke & Dick Schaaf - The Service Edge)
· Insentif adalah hadiah yang tergantung disebabkan sesuatu usaha yang mengharapkan balasan.

Promosi ialah usaha galakan yang diberikan untuk mencapai sesuatu sasaran yang ditetapkan.
Kedua dua tindakan ini memerlukan dana didalam perlaksanaannya.

1.3. Budaya
Budaya ialah satu sifat yang telah dijalani didalam kehidupan harian.Budaya sesuatu tempat adalah tidak sama diantara satu sama lain.Namun budaya boleh dibentuk melalui perubahan semasa dan galakan.
Perubahan terhadap sesuatu budaya bergantung kepada keadaan dan juga kesedaran.Masa yang di ambil bagi seseorang berubah adalah berbeza.Kekuatan itizam untuk menukar dari budaya buruk kepada budaya baik memerlukan sokongan padu dari semua pihak

No comments:

Post a Comment