Pompeii?,
Ya sekarang sedang di tunjukkan tayangan di pawagam dunia yang menipu
diatas sejarah yang terjadi.. Pompeii yang merupakan simbol daripada
keruntuhan akhlak yang dialami kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan
dan homoseks. Nasib Pompeii sama seperti yang dialami oleh kaum Nabi
Luth as. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi
Vesuvius. Gunung Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya kota
Naples. Gunung yang telah membisu sejak
dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai “The Mountain of Warning”
(Gunung Peringatan). Di sebelah kanan gunung Vesuvius terletak kota
Naples, sedangkan kota Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut.
Lava dan debu daripada letusan maha dahsyat gunung tersebut yang terjadi
dua milenium yang lalu memusnahkan penduduk kota tersebut.Catatan
sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut ternyata merupakan pusat
kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh meningkatnya
jumlah lokasi perzinaan atau pelacuran. Tersangat banyaknya hingga
jumlah rumah-rumah pelacuran tidak diketahui. Objek-objek kemaluan
lelaki dengan ukurannya yang asli digantung di pintu tempat-tempat
pelacuran tersebut.Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota
tersebut dari peta bumi dalam sekelip mata. Yang paling menarik daripada
peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu melepaskan diri daripada
keganasan letusan Vesuvius itu. Apakah kita ingin menjadi seumpama kota
yang musnah itu?? setelah maksiat yang sedang berleluasa, kematian
akibat dari konsert di bukit Jalil itu merupakan petanda awal kearah
menuju kehancuran, jika tidak dibaiki!! belajarlah dari sejarah ummat
terdahulu..
Sunday, March 16, 2014
MH370 STATUS
BEKAS PEGAWAI CIA PECAH TEMBELANG
from melayukita
Not Yet Rated
AL FAEDAH WORLDWIDE ANALYSIS - CNN pada 14 Mac
2014 telah menyiarkan suatu temuramah dengan bekas pegawai CIA Robert
Baer dalam usaha mereka memburuk-burukkan negara kita, di bawah tajuk:
Former CIA officer: I don't trust the MalaysiansSayangnya, dalam pada usaha CNN & CIA untuk memburuk-burukkan orang Melayu (Malay) nampaknya mereka sendiri akhirnya membuka pekung di dada.
Menurut penemuramah, rancangan "merampas sebuah pesawat" ini nampak sangat "outlandish" (tak masuk akal) sehinggalah anda bertemu orang seperti Robert Baer. (Makna barulah nampak masuk akal..)
Baer was actually part of a CIA plot to hijack a Soviet airplane for its technology back in the 1980s.
"But thinking that somebody hijacked this (Malaysian) airliner in that fashion is truly outlandish," says Baer.
Menghurai klu-klu dalam temuramah ini:
1. Dia sudah pun memberi modus operandi yg diperlukan utk menghilangkan sebuah pesawat. depa buat zaman 80an lagi dimana pertama sekali depa akan "rekrut" pilot yg mahir utk melarikan pesawat. Sila ambil perhatian setelah mereka sorokkan, tutupkan pesawat dgn selubung besar supaya tdk di detect oleh satelit, dia kata "pihak SOviet akan ingat pesawat telah hilang.." Bermakna pilot yg di "rekrut" adalah pilot pihak Soviet yang telah di"beli" oleh mereka bermakna pertama gerakerja perisikan meviruskan pilot Soviet. Kedua melarikan pesawat Soviet bg pihak AS.....
2. "State actor" diperlukan makna ini bukan level hijacker biasa. Perlu dilakukan oleh sebuah negara yang memiliki landasan/lapangan pesawat. (rahsia)
3. Teroris Ughyur tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan sendirian melainkan menerima bantuan teknikal sepenuhnya dari pihak "state actor" (sebuah negara).
4. Iran menurutnya tidak mempunyai rekod teroris yang hebat maupun pakar dalam merampas pesawat.
5. Teroris Ughyur tak boleh. Teroris Iran tak boleh.
6. "State actor" saja mampu menurut beliau. Persoalannya buat apa nak sebuah negara nak merampas sebuah pesawat komersil ?(bukan pesawat pejuan hi tech)
7. Maksudnya kalau perampas pesawat biasa ditolak dari kemungkinan, maka ada satu kemungkinan yang tinggal.
Iaitu sebuah negara ("state actor").
Maka apakah ini bermakna mereka akan menyalahkan "kambing hitam" China? Ataukah Iran?
8. Kalau China & Iran sebagai "state actors" mampu, kenapa pula Amerika Syarikat yang juga "state actor" tak mampu melakukan? Sedangkan jelas dengan pengakuannya itu, mereka sudah lama melakukan operasi yang sedemikian?
Siapakah yang lebih berkepentingan?
9. Persoalan terakhir, mengapakah China nak merampas sebuah pesawat yang majoritinya rakyat mereka sendiri? Lagi tak masuk akal
Thursday, March 6, 2014
Pembiakan Nyamuk
Cuaca panas, hujan galakkan pembiakan nyamuk
6 Mac 2014
KUALA LUMPUR - Hujan sekejap-sekejap dan cuaca panas boleh meningkatkan
kadar pembiakan nyamuk selain mempercepatkan kitaran hidup serangga
itu, kata pakar.
Ketua Unit Entomologi di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia Dr Lee Han Lim berkata, situasi sedemikian amat kondusif untuk nyamuk membiak dan larva pula dapat membesar di tempat pembiakan kerana tiada hujan lebat yang dapat menghanyutkannya.
Katanya cuaca panas pula menjadikan proses pembiakan nyamuk lebih cekap kerana keadaan itu mempercepatkan kitaran hidup serangga berkenaan.
"Jika hujan lebat sentiasa berlaku, wabak denggi jarang terjadi kerana nyamuk Aedes tidak dapat membiak secara berkesan. Akan tetapi keadaan hujan yang sekejap-sekejap menggalakkan pembiakan serangga itu.
"Nyamuk ambil masa untuk membiak, sekurang-kurangnya dua ke tiga minggu, dan perlu tempoh tertentu sebelum menyebarkan (virus) denggi," katanya kepada Bernama di luar pelancaran Jubli Emas Persatuan Kajiparasit dan Perubatan Tropika Malaysia (MSPTM) serta Kongres Perubatan Tropika dan Parasitologi Asean Keenam, di sini.
Kongres selama tiga hari itu dianjur oleh MSPTM bersempena sambutan ulang tahunnya dan dihadiri oleh 420 peserta dari 43 negara.
Bertemakan 'Cabaran Global Menghadapi Penyakit Tropika: Merapatkan Jurang dan Membangunkan Perkongsian', kongres berkongsi pengalaman dunia sebenar pakar mengenai cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dan negara lain sekarang berikutan perubahan dinamik dalam penyebaran penyakit dan epidemiologi di kawasan tropika.
Antara penyakit yang dibincangkan ialah denggi dan malaria.
Dr Lee berkata, memandangkan belum ada vaksin yang berkesan untuk denggi, kerjasama masyarakat dan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mencegah denggi amat penting.
Malah, pihak seperti pemaju perumahan dan arkitek boleh memainkan peranan dengan memastikan reka bentuk bangunan tidak menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes, katanya.
"Berdasarkan kajian kami, denggi berkaitan dengan kawalan vektor, justeru masyarakat mesti menjaga kebersihan persekitaran," katanya menambah mereka akan menjalankan lebih banyak kajian untuk mengawal populasi nyamuk.
Pandangan itu dikongsi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman yang berkata bilangan kes denggi yang tinggi sekarang menuntut masyarakat agar lebih berwaspada dan memastikan persekitaran mereka bersih serta bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
Menurutnya cuaca panas menyebabkan nyamuk Aedes cepat lapar dan lebih kerap menggigit manusia untuk mendapatkan darah yang merupakan makanan mereka.
"Orang ramai harus meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai wabak tropika seperti denggi dan malaria. Ini akan membantu mereka mengambil langkah sewajarnya," katanya.
Penyelidik Perunding di Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Datin Dr Indra Vythilingam pula menasihati mereka yang mengunjungi kawasan wabak malaria serta hutan dan tempat rekreasi misalnya, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secepat mungkin jika berasa tidak sihat dan memaklumkan kepada doktor mengenai tempat yang dilawati.
Ini kerana kata pakar malaria itu ada ubat untuk penyakit berkenaan dan doktor mungkin tidak mengesyaki pesakit dijangkiti malaria jika mereka tidak dimaklumkan mengenai tempat yang dikunjungi pesakit. - Bernama

Pusat Tahfiz Amal
PTA buat video jawab tomahan
Wartawan Sinar Harian
6 Mac 2014
****************Kalau benar sekali pun, jangan guna anak2 itu sampai tidak belajar.
ALOR SETAR - Pusat Tahfiz Amal (PTA) mengeluarkan rakaman video dan
dimuatnaik melalui laman You Tube bagi menyangkal segala dakwaan blogger
yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.
Pengetuanya, Muslim Ab Karim dalam video itu sekali lagi berkata mereka mengambil kesempatan menjelaskan kedudukan sebenar pusat tahfiz, sekali gus menyangkal perkara yang dihebohkan dalam blog dan laman sosial.
Dalam rakaman bertajuk, 'Pengetua Pusat Tahfiz Amal sangkal Pembohongan', Muslim sekali lagi menjelaskan dia sebenarnya pengetua pusat tahfiz terbabit, manakala SM Amin yang didakwa pengetua PTA hanyalah tokoh korporat yang menyumbang kepada mereka.
“Apa yang dihebohkan dalam Facebook, blog merupakan usaha tidak bertanggungjawab segelintir blogger, pengguna laman sosial yang menggunakannya sebagai media mereka.
“Saya ingin sangkal SM Amin adalah pengetua, dia hanya tokoh korporat. Malah, kenyataan ini boleh dirujuk dalam surat khabar bertarikh 21 Februari lepas, “ katanya.
Malah, katanya dalam video terbabit lagi, pihaknya akan membuat rayuan mengenai arahan penutupan yang diterima mereka.
Muslim dalam kenyataan dalam video terbabit berkata, mereka juga ingin mempertahankan Sunnah Rasulullah SAW bahawa jualan amal ini membina jati diri yang terbaik.
“Ibarat kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya,” katanya mengakhiri ucapan video terbabit.
Bagaimanapun, perkongsian video berdurasi 3.32 minit yang dimuatnaik pada 28 Februari lepas itu mendapat perhatian, sekali gus menerima reaksi pengguna laman sosial berkenaan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan PTA di Jalan Yan–Kuala Kedah, dekat sini menghentikan aktiviti jualan amal sementara waktu selepas menerima arahan penutupan operasi dari Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lepas.

Subscribe to:
Posts (Atom)