Beruntung dapat hidup zaman moden ni. Penyakit yang memerlukan pembedahan dapat dirawat tanpa perlu menghadapi azab yang keterlaluan. Kadang-kadang langsung tak rasa apa pun. Tau-tau dah siap. Tapi, untuk orang dulu-dulu, untuk mendapatkan rawatan sebegini sama rasanya dengan menghadapi hukuman dalam bentuk penyeksaan.
Pisau bedah ni digunakan pada abad ke 18. Pada masa ni, pisau bentuk melengkung lebih popular kerana pakar bedah masa tu suka memotong bahagian kulit dengan bentuk bulatan. Pada tahun 1800, pisau lurus pula menjadi lebih popular.
Ini pula gergaji untuk pembedahan. Zaman dulu, pakar bedah suka menunjukkan kekayaan dengan mempamerkan alatannya yang mempunyai ukiran corak. Tanpa disedari mereka, dicelah-celah ukiran ni menjadi tempat pembiakan kuman.
Alat seperti gunting ni pula digunakan untuk membuang anak panah.
Alat untuk berbekam atau mengeluarkan darah kotor. Terdapat pisau yang boleh dipusingkan pada bahagian hujung alat ini. Silinder vakum pula akan digunakan untuk menyedut darah keluar.
Alat untuk mengeluarkan peluru ini boleh mencapai peluru yang tertanam didalam tubuh seterusnya menarik ia keluar.
Alat untuk melebarkan rahim semasa proses bersalin. Ouch.. tak dapat Maxx nak bayangkan betapa seksanya ibu-ibu pada masa tu.
Pisau untuk berkhatan. Orang-orang barat juga ada melakukan proses berkhatan ni untuk sebab-sebab tertentu. Pisau ni boleh didapati di Eropah sekitar abat ke 18.
Ecraseur - tahun 1870. Alat ini digunakan untuk membuang buasir, rahim atau ketumbuhan ovari.
Alat ini pula digunakan untuk membuang buasir dengan cara menghentikan darah seterusnya membiarkan buasir itu jatuh sendiri.