Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Sunday, May 18, 2014

Kekal Cermin Gelap

JPJ tidak rancang kaji peraturan cermin gelap


KUCHING 17 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak merancang untuk mengkaji Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang menetapkan tahap cermin gelap yang dibenarkan.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ariffin Che Mat berkata, setakat ini tidak ada keperluan untuk mengkaji peraturan itu yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengguna di jalan raya.
Beliau berkata, pihak­nya konsisten dalam me­nguatkuasakan undang-undang dengan hanya mem­benarkan mereka men­dapat pengecualian di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991.
“Pihak JPJ hanya mem­benarkan dua keadaan iaitu atas masalah kesihatan se­telah mendapat pengesahan doktor pakar awam dan keselamatan yang disahkan polis.
“Cermin gelap ada beberapa isu contohnya takut disalah guna nanti oleh penjenayah-penjenayah yang menyukarkan untuk dikenal pasti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai peraturan cermin gelap yang dilihat sudah lapuk semasa sidang akhbar selepas merasmikan Penutup Program 1 Komuniti 1 JPJ (SKSJ) Bahagian Kuching di Dewan Masyarakat, Kampung Muara Tebas di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment