Booking Your Hotel with Agoda through this site,Get the BEST Deal

Tuesday, September 25, 2012

Dari Uncle seekers..Siapa Sultan Azlan-Raja Perak




Monday, 24 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (11)

Untuk kesekian lamanya, manusia dikuasai oleh sekumpulan elit yang bergelar Raja atau Sultan. Untuk membezakan dua kumpulan manusia yang menguasai dan dikuasai ini, maka satu terma digunakan iaitu Raja dan rakyat. Raja adalah kumpulan yang berkuasa dan rakyat menjadi kumpulan yang dikuasai.

Raja bukan dipilih oleh rakyat tetapi berkuasa kerana ilmunya. Ilmu yang diikitiraf pada masa dulu ialah ilmu-ilmu kebatinan dan ilmu ghaib. Sesiapa yang penuh dengan ilmu didada akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan ilmunya.

Maka berlakulah peperangan dan pertentangan diantara mereka yang berilmu ini, dan sesiapa yang mampu mengusai jin dan makhluk ghaib yang lain, maka dialah menjadi juara. Ganjaran daripada kemenangan ini ialah kuasa yang cukup luas untuk menguasai manusia.

Rakyat menjadi takut kepada Raja kerana kuasa yang dimiliki oleh Raja. Raja pula terus berusaha untuk memastikan dia terus berkuasa.

Maka dilantiklah beberapa orang untuk mengisi jawatan sebagai cop getah, hanya untuk mengiyakan apa yang dititahkan oleh Raja. Seorang Pawang Diraja dilantik yang kononnya untuk mengesahkan keturunan diraja. Pawang diraja juga sebenarnya bukanlah orang yang berkuasa atau tinggi ilmunya, tetapi hanyalah untuk menjadi orang suruhan diraja.

Penyimpan Mohor kemudian dilantik sebagai Menteri Penerangan dan satu "kabinet" dilantik yang diberikan gelaran Raja Bergelar. Undang-Undang Tubuh diwujudkan untuk memastikan kuasa itu tidak terlepas ketangan orang lain.

Dalam masa yang sama, "rakyat" tidak berpeluang untuk menuntut ilmu yang dipelajari oleh golongan Raja ini. Rakyat perlu dibodohkan untuk memastikan tidak ada yang berani menentang kuasa diraja.

Tetapi satu kesilapan yang dilakukan oleh Raja-Raja ialah sikap leka, berpoya-poya dan malas belajar dikalangan anak-anak mereka. Anak-anak Raja tidak perlu belajar menuntut ilmu kerana merasakan bahawa masa depan mereka akan sentiasa cerah hanya kerana mereka "anak Raja". Mereka boleh hidup dengan elaun dan pencen yang dibiayai oleh rakyat.

Inilah yang berlaku kepada Tengku Amran, Raja Ahmad Nasir, dan ramai lagi anak-anak raja di Perak. Malah keadaan ini juga sedang berlaku dibanyak negeri dimana anak-anak raja hidup dengan berpoya-poya.

Apabila British datang ke Malaya, sebahagian besar orang Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bukanlah hebat sangat. Raja Melayu hanya hebat dikalangan orang Melayu yang terus mendewakan mereka

Kuasa ghaib, kesaktian dan jin penunggu tidak mampu menewaskan British. Raja-raja Melayu yang  dianggap berkuasa dan berdaulat terpaksa tunduk kepada British dan menjadi boneka British.

Selepas merdeka dari British, sebahagian orang Melayu yang berilmu merasakan bahawa mereka boleh memerintah dengan lebih baik dari Raja-Raja atau Sultan tetapi sebahagian besar pula masih menganggap bahawa Raja dan Sultan perlu dikekalkan.

Orang-orang Melayu yang berilmu pada masa itu yang kebanyakannya menyertai Umno sedar bahawa orang Melayu masih ramai yang menghormati dan mahukan Raja-Raja, mungkin kerana masih menganggap bahawa Raja-Raja ini sebagai warisan yang perlu dipertahankan. Ramai yang menganggap, kalau tiada Raja, maka akan hancurlah umat Melayu didunia ini.

Kebangangan orang Melayu ini dieksploit sepenuhnya oleh cerdik pandai didalam Umno. Raja-Raja Melayu diberikan kemewahan sehingga mereka lupa daratan. Kehidupan keluarga diraja diselimuti kemewahan manakala tanggungjawab kepada rakyat hanyalah ketika upacara-upacara rasmi.

Rakyat terputus hubungan dengan keluarga diraja. Raja-raja tidak peduli kesusahan rakyat, manakala rakyat pula tidak tahu pembolotan kekayaan keluarga diraja.

Itu sebabnya, apabila jatuh seseorang anak raja itu, maka tidak ada sesiapa yang tahu nasibnya. Hari ini, ramai anak-anak raja yang dulunya hidup dengan kemewahan, tetapi sekarang terpaksa merempat. Jangan terkejut kalau ramai diantara anak-anak raja ini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan, setaraf dengan pendatang Myanmar atau Bangladesh.

Bagaimana Azlan Shah yang bukan berdarah Raja boleh menjadi Sultan, manakala anak-anak raja yang berdarah raja sudah tersingkir?

Evolusinya tetap sama dengan zaman dahulu. Kalau dulu, mereka yang bijak dengan ilmu kebatinan, berupaya menguasai alam ghaib, akan mampu menguasai manusia lain dengan perang dan strategi, hari ini mereka yang mampu menguasai ilmu perundangan dan boleh memanipulasi keadaan akan diangkat menjadi Raja.

Sesiapa pun boleh menjadi raja sekiranya mereka berilmu. Dan apabila berkuasa, seseorang itu boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada. Kuasa hampir mutlak terhadap rakyat ini menjadikan Raja itu bersikap tamak, rakus dan kadangkalanya zalim terhadap rakyat sendiri.

Friday, 21 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (10)

Tertarik dengan dua komen dalam posting lalu tentang istiadat bersiaram di Beting Beras Basah.

Dalam komen pertama, berbunyi begini.

"Untuk pengetahuan lu dan ramai lagi... isu bersiram nih "kununnya" telah dibuat di Beting Beras Basah oleh Azlan dimasa pertabalannyer sebenarnya ada kesilapan dari segi lokasi... namun lokasi upacara bersiram tersebut tidak dibuat dilokasi sebenar iaitu lokasi dimana Idris terdahulu melakukan upacara bersiram. Jarak lokasi adalah lebih dari 1 km dari tempat sepatutnya. Boleh disemak dengan penduduk kampung yang masih tinggal berhampiran denan kawasan lokasi siram beradat nih."

Manakala komen kedua memberikan link yang mempunyai gambar. (disini)

Komen pertama mengatakan Istiadat bersiram di Beting Beras Basah dilakukan ditempat yang salah. Manakala gambar kedua hanya menyatakan "lawatan ke Beting Beras Basah".

Sebenarnya, tiada siapa yang pasti apakah Raja Azlan Shah menjalani istiadat bersiram diBeting Beras Basah dengan "penuh adat istiadat." Bagaimanakah satu istiadat yang cukup penting boleh tersilap lokasi? Ataupun "istiadat" yang dijalankan hanyalah untuk memberitahu bahawa memang benar Raja Azlan ke Beting Beras basah?  Maka atas sebab itulah Ku Ann mencabar Raja Azlan supaya sama-sama menjalani istiadat tersebut untuk membuktikan siapa yang benar.

Raja Ahmad Nasir menjalani ujian tersebut. Ku Ann juga menjalani ujian tersebut.


Assalamualaikum Rohku

Gerakan hatiku semasa melakukan pekerjaan baik pada hari ini
Assalamualaikum tok nenek moyangku yang empunya cerita dalam diriku
Bantulah dengan membawa doaku
Hari ini aku membersihkan diri aku dengan emmasukkan Darjat Kedaulatan tinggi atas kehendak Moyangku Radin Bagus atau Prabu Perwisaso Brawijaya

Aku mohon kehadiran Tok Pawang Beting beras basah bernama Datok Mahidin bin Mubin bin Datok Panglima Belantan Besi serta Ratu Laut selatan Bu ratu Mas Danang Sutawijaya atau Dewi Nawang Wulan, Bonda Puteri Aishah serta keturunanku yang lain bagi permintaan keturunan Majapahit yang akan dilakukan oleh Jin Pendaulat Istana iaitu Megat Chandin atas permintaan Ku Ann.

Assalamualaikum Tok Megat Chandin yang menjaga daulat istana, kehadiran Tok Megat jelmaan Buaya Putih menjadi pengiring cucu cicit kepada Radin Bagus dan Radin Fatah

Assalamualaikum tok megat Alang Di Laut, aku mohon kawalan Tok Megat sehinggan selesainya upacara mengikut Adat Istiadat Diraja berada dalam keadaan selamat

Aku juga memohon jika terdapat orang-orang yang mengikut sama dalam rombongan ini dengan niat yang tidak baik atau sebaliknya, ianya harus diturunkan petunjuk seperti hukuman setimpal sebagai menyedarkan diri mereka supaya penipuan tidak berlaku seperti dahulu mahu mengambil kesempatan atas sesuatu tujuan.



Ketika menjalani istiadat ini, satu bayangan tiba-tiba muncul dibelakang Ku Ann yang sedang bersedia untuk disiramkan. Perhatikan bayangan dibelakang Ku Ann.Siapakah makhluk itu?

Beranikah Raja Azlan atau Raja Nazrin menjalani istiadat ini bersama-sama Ku Ann dan Raja Ahmad Nasir?

Wednesday, 19 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (9)

Siri kali ini akan cuba menjawab dua persoalan yang ditimbulkan oleh Malaysiacrisis.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor Jan Shah. Beliau tidak merebut takhta Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka.

KU Ann@Tengku Amran bukan mahu menuntut takhta Kesultanan Perak. Apa yang diminta hanyalah pengiktirafan bahawa beliau adalah waris Kesultanan Perak, malah apa yang diminta oleh Ku Ann hanyalah elaun dan pencen yang merupakan haknya. Dan untuk menuntuk hak itu, maka Ku Ann perlu membuktikan bahawa dia adalah waris sah Kesultanan Perak. 

Dalam siri (8), Ku An telah membuktikan salasilah beliau dan juga membuktikan bahawa salasilah yang ada dalam simpanan istana telah diubah suai.

Bukan itu saja, Raja Noor Jan juga menerima Darjah Kerabat oleh Pakoe Boewono XIII di Surakarta

Kalau Darjah Kerabat dan gelaran diraja dijadikan ukuran sama ada seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai pewaris raja, maka Ku Ann juga memiliki Darjah Kerabat, malah berhak memakai gelaran "Yang diPertuan" yang dianugerahkan oleh Istana Pagar Ruyung.


Apa yang menarik dengan tulisan Malaysiacrisis ialah tentang keunikan sistem pewarisan Kesultanan Perak dan kami amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh kerana begitu ramai yang menuntut hak dan mengaku kerabat, maka satu satu sistem piawaian perlu dicipta untuk memastikan seseorang itu benar-benar kerabat diraja.

Dalam setiap pertabalan Raja atau Sultan, seringkali kita membaca tentang "Pertabalan yang penuh dengan adat istiadat.".

Adat istiadat ini pula sering dikaitkan dengan roh dan jin dan barangsiapa yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jin ni, maka dia akan gagal dalam proses pertabalan tersebut. Dalam proses pertabalan ini, Pawang Diraja memainkan peranan yang cukup luas.

Salah satu adat ketika pertabalan ialah mengunjungi Makam Tok Temong dan membaca ikrar untuk memerintah dengan adil dan saksama. 

Tok Temong @ Puteri Badariah bt Alang Mohamad berasal dari Acheh, Sumatera memerintah Daerah Temong, Kuala Kangsar pada tahun 1577. Pada tahun 1595, Tok Temong menyerahkan kuasanya kepada Muzafar Shah berserta seniji Geliga Embun sebagai kebesaran negeri memandangkan Muzafar Shah adalah anak saudaranya. Tok Temong mangkat pada tahun 1663 dan disemadikan di Kampung Temong, Kuala Kangsar.


Sebagai salah satu adat istiadat yang perlu dilakukan, maka Raja Azlan Shah perlu menziarahi Makam Tok Temong tetapi apakah makam yang diziarahi semasa pertabalan itu makam Tok Temong ataupun makam orang lain? 

Makam Tok Temong diketahui dan di akui oleh kerabat diraja dikawal oleh jin. Mereka yang bukan kerabat diraja tetapi mahu mengaku raja akan menerima musibah sekiranya cuba menipu dimakam Tok Temong.

Untuk mengelak daripada sesuatu kejadian yang memalukan berlaku, maka Azlan Shah telah mengadakan upacara tersebut ditempat lain yang bukan makam Tok Temong walaupun dikhabarkan kepada rakyat bahawa Azlan Shah telah pun menjalani adat istiadat tersebut.


Manakala Makam Tok Temong sebenarnya ialah seperti gambar dibawah.



Bagaimana pula dengan adat bersiram?

Dalam Malaysiacrisis ditunjukkan adat bersiram di pentas persada dilakukan dengan adat istiadat. Adat bersiram yang dimaksudkan oleh Ku Ann ialah adat bersiram di Beting Beras Basah,yang disempurnakan oleh Pawang Diaraja dipentas yang disediakan secara turun temurun, bukan diatas pentas yang yang dibuat seolah-olah untuk majlis keraian.

1 comment:

  1. FOR YOUR INFO.. Sebenarnya, Semua raja-raja Melayu Tidak dikenali semasa kecilnya secara terperinci oleh kerabat2 jauh dan kebanyakan masyarakat golongan Kebanyakan, KERANA yang sebenarnya Raja TAK akan dan Tidak Boleh mengaku Raja, kerana "Linage" ini adalah Amanah yg dipegang dan diPelihara oleh yg "diPertua-diPertua" dlm kalangan raja-raja yang Awal. Kedudukan mereka sebagai Raja Tersembunyi hingga tiba masa yang sesuai.
    -
    Jadi raja-raja Melayu yg BENAR "Linage"nya adalah diPELIHARA, diDIDIK dan diBESARkan oleh orang2 kampung atau golongan orang kebanyakan yang terpilih berdasarkan keSetiaan mereka kepada Amanah Nenek Moyang utk bersama-sama menjaga dan menguruskan Bumi Pertiwi.. Jadi nama raja-raja ini diTukar kpd nama-nama org Kebanyakan Melayu. DiBinkan dgn nama bapa angkat atas keredhaan “diPertua” Contoh: Mohd Hattan Bin Hashim <= Siapa kah ini ?..
    -
    Hanya "diPertua-DiPertua" dlm Kalangan raja-raja yg sebelumnya sahaja yang Tahu Siapa Mereka sebenarnya, Setelah mereka memBesar sehingga umur yg Sesuai maka mereka diKembalikan ke Pangkuan Keluarga sebenar dgn pengalaman Hidup yg mereka pelajari dari Keluarga Angkat mereka iaitu orang-orang kampung atau masyarakat golongan kebanyakan yg faham akan Amanah yg diperturunkan dari Nenek Moyang ini.
    -
    Tujuan Penyamaran/Persembunyian ini adalah satu USAHA untuk

    1) MengGelak apa2 bentuk Bahaya yang boleh/berkemungkinan berlaku/dilakukan keatas "raja-raja' ini semasa kecil mereka oleh pihak2 yang dengki yg hidup bersama mereka atau adanya tanda-tanda keDengkian yg merBahaya kepada Keturunan sebenar Raja-raja berdaulat.

    2) Belajar Hidup dan berGaul seperti Rakyat biasa (Raja BerJiwa Rakyat), makan, minum, beradab, bersekolah, bermain, ke Universiti dan sebagainya TANPA mereka Sendiri Sedar yg mereka sebenarmya adalah Pewaris Takhta yg Sebenar.

    3) Membesar dlm keadaan mengetahui diri sendiri adalah Raja Pewaris Takhta berkemungkinan besar akan menjadikan seseorang menjadi Malas utk Belajar, Malas berusaha utk Hidup, Bongkak atau Sombong. Jadi, Identiti sebenar mereka disembunyikan sejak kecil oleh orang-orang yg mengenali mereka.
    -
    Setelah kembali kepangkuan Keluarga yg Sebenar iaitu Keluarga diRaja, mereka Belajar Adat dan Adab sebagai seorang Raja, Sebagai orang Kampung pun mereka ada Pengalaman Hidup. Mereka akan dapatkan kembali nama/gelaran Asal, iaitu diri identity mereka diperkenalkan semula sebagai Raja Pewaris Takhta dan diTukar nama mereka Kembali kepada nama sebenar mereka dan akhirnya ditabalkan sebagai Pewaris Takhta secara Resmi. .
    -
    Begitulah adanya..Siapa pun Tak Boleh Mengaku Raja main suka hati je.. Raja tetap Raja..Pewaris Takhta menjadi Anak Angkat orang kebanyakan utk keselamatan Diri dan Pengalaman Hidup melahirkan Raja yg BerJiwa Rakyat... Daulat Tuanku
    -
    Wallahu'Alam.
    Sekian Wassalam.

    ReplyDelete